Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday, 26 November 2011

AWAL MUHARAM!! AZAM BARU,SEMANGAT BARU

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Assalammualaikum ....Salam 1 Blogger.

Sedar tak sedar,diam tak diam,tahun ini merupakan 1433H jikalau mengikut takwim islam.Kita tahu,tahun ini tahun 2011,tapi,itu hanyalah mengikut perkiraan kalendar orang putih.

Tapi,cuba kalau anda bertanya kepada remaja-remaja di luar sana,"tahun ni dah berapa hijrah ya??"Jangan terkejut jika mereka tidak mampu menjawab persoalan itu yang sememangnya jauh lebih mudah daripada menjawab soalan matematik.Tapi,inilah realitinya.

Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan permulaan tahun baru bagi takwin islam.Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammas SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 Masihi.Selain itu,ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik.



sumber cik google




Sumber cik google
Cuba kita bandingkan cara kita menyambut maal hijrah dengan tahun baru pada setiap tahun 01.01.20??.Berbeza bukan?

Jika tahun baru,kalau x de konsert yang menghayalkan,bandar yang bermandikan bunga api,jeritan dan sorakan anak-anak muda,memang x lengkap.

Tapi,

Jika sambutan maal hijrah,kebanyakan aktiviti2 yang berkaitan dengannya,majoriti yang ambil bahagian adalah pakcik2,makcik2.Lalu,terdetik di hati,di manakah anak-anak muda kita sekarang pada waktu dan ketika ini??Jawapannya,anda tentu tahu,bukan?

Jadi,apa yang kita boleh lakukan bersempena dengan maal hijrah yang bakal tiba ini?Berdoalah sempena akhir tahun dan awal tahun.Caranya,sebelum hari Ahad 27 November 2011, pada Sabtu petang, 26 November 2011 ( 30 Zulhijjah 1432H)  kita digalakkan membaca doa akhir tahun,lebih kurang pukul 6 petang . Manakala  selepas solat maghrib elok membaca doa awal tahun dan seterusnya bacaan Yassin dan doa 

Sebelum berpisah,saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah yang ke 1433.Semoga dengan tahun baru ini,azam dan semangat kita untuk melakukan sesuatu yang lebih baik daripada tahun sebelum-sebelum ini akan membuahkan hasilnya.

Ingatlah,"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka"



Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..