DETIK-detik cemas semasa pesawat Boeing 767 milik Penerbangan LOT Poland melakukan pendaratan cemas tanpa roda di Lapangan Terbang Warsaw di Poland, kelmarin. - REUTERS
Jurucakap syarikat penerbangan LOT Polish Airlines di Poland berkata, anggota bomba dan ambulans dikerah ke tempat kejadian dan kesemua 220 orang penumpang serta 11 orang krew selamat dikeluarkan dari pesawat penumpang itu.
Menurut jurucakap LOT, Leszek Chorzewski, pesawat Boeing 767-300 itu yang dalam perjalanan dari Newark, Amerika Syarikat berjaya melakukan pendaratan kecemasan selepas mengalami kegagalan pada gear pendaratan.
"Pesawat tersebut selamat mendarat pada badannya di landasan itu yang telah disembur dengan bahan perencat api yang istimewa.
"Kesemua penumpang selamat diturunkan (dari pesawat) dan tiada sesiapa yang cedera," katanya.
Rakaman video pendaratan kecemasan yang disiarkan beberapa minit selepas kemalangan tersebut menerusi stesen televisyen tempatan, TVN24 menunjukkan badan pesawat tersebut tergelincir di landasan dan mengeluarkan asap putih.
Percikan api turut kelihatan di enjin jet yang terletak di kepaknya ketika pesawat itu tergelincir.
Penumpang kemudian keluar dari pesawat tersebut menggunakan gelongsor kecemasan dengan bantuan krew lapangan terbang. - AFP Utusan Malaysia
Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Macam2 yer berlaku sekarang..ciptaan manusia ni banyak kekuranganya. tidak seperti ciptaan Allah S.w.t. cukup sempurna. jadi kepada kawan2 semua hati2 lah dalam menggunakan teknologi ni yer. malang tak berbau..
Nasib baik lah kapal terbang tu dapat mendarat dengan selamat kan. tiada nyawa yang terkorban. admin puji pemandu kapal terbang tersebut sebab dapat mendarat dengan selamat. walaupun tanpa roda. bukan senang nak lakukan sedemikian (^_^)
Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih
0 comments:
Post a Comment