BAHAN-BAHAN :
4 peket maggi - direbus mee saja
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang carrot
Isi ayam dan chicken ball secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
4 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang
* Peket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.
CARA MEMASAK :
Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil . Kupas semua bawang dan diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil . Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga . Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu .
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau , masukkan chicken ball , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak . Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau .
Masukkan semua mee maggi , tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni . Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata . Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat .
Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan .
Guna acuan bulat bertangkai telur benjo untuk bagi murtabak ni jadi bentuk bulat dan padat . Mudah nak guna acuan ni cuma pastikan minyak cukup panas sebelum adunan dimasukkan ke dalam acuan ni dan gunakan api sederhana besar supaya maggi ni masak sama rata dan bahagian bawah maggi tidak hangit . Tanggalkan perlahan-lahan acuan ni dari adunan maggi kemudian terbalikkan mutabak maggi ini perlahan-lahan biar sampai masak sebelum diangkat dan dihidangkan.
Sumber : sini
Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)
1 comments:
admin kene try oke. best2!
Post a Comment