Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Sunday, 2 October 2011

Kelakar : Jutawan Segera Ditahan Polis

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan

WELLINGTON - Seorang lelaki New Zealand yang melarikan diri dari negara itu selepas bank tersilap memasukkan wang sebanyak NZ$10 juta (RM24 juta) ke dalam akaunnya, dua tahun lalu, berjaya ditahan di Hong Kong, semalam.

Polis Hong Kong berkata, lelaki berketurunan Cina dikenali sebagai Hui Gao itu ditahan semasa cuba memasuki negara itu dari China selepas Interpol mengeluarkan waran tangkap atas dakwaan mencuri NZ$6.78 juta (RM16.5 juta) daripada syarikat Westpac Banking pada April 2009.

Westpac secara tidak sengaja memberikan Hui wang itu semasa sedang meluluskan permintaan pinjamannya bernilai NZ$100,000 (RM240,000), menurut dokumen mahkamah. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi :  
Haha..macam2 sekarang ni berlaku. ada jugak kes bank tidak sengaja memasukkan duit ke dalam akaun. yelah..dapat duit kan. sape yang tak suka. bukannya sikit..juta2 tu. admin pun nak..hehe (^_^)

Hui Gao tu bukan main lagi lari dari polis..tapi terkantoi jugak kan. mana taknya..siap polis interpol lagi yang cari. memang kena tangkap lah. macam kes besar lak ni..padahal kes ciput jer :P



Read more »

Kedekut @ Terlupa? : De Gea (Penjaga Gawang Manchester United) Terkantoi

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

HENDAK dikatakan tidak mampu membayar sebiji kuih donut berharga RM5.90, tidak masuk akal kerana gaji pemain bola di England mencecah ratusan ribu ringgit seminggu!

Entah apa yang bermain di fikiran penjaga gawang Manchester United, David De Gea kerana ‘terkantoi’ menikmati makanan Donut tanpa membayarnya di kaunter.

Menurut sumber, De Gea menjamah donut dan berlalu keluar tanpa menyedari aksinya itu dirakam kamera CCTV.

Namun, pengurusnya, Sir Alex Ferguson mempertahankan tindakan anak buanya itu dengan memberitahu De Gea masih baru di England dan tidak memahami budaya di sini.

“Dia perlu banyak belajar disini, namun aksinya bersama United cukup memberangsangkan,” katanya. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Haha..nak tergelak admin bila baca berita ini tadi. ada juga kes camtu yer. donut tu bukannya mahal sangat oii..gaji seminggu dah lah riban2. ke dia lupa bawak duit kecik. ntah lah..tak tahu lah admin. mungkin antara dia terlupa atau tidak. hanya dia jer tahu

Tapi yang menarik perhatian admin bila Sir Alex Ferguson mengatakan "De Gea masih baru di England dan tidak memahami budaya di sini ". memang ada budaya ke kat dunia makan dulu minggu depan baru bayar. pelik sungguh "budaya" disana kan..hehe.

 Apa2 pun admin just nak kongsi cerita santai jer dengan korang. bukan nak aibkan dia pun..selamat berkongsi yer disini (^_^)



Read more »

Pelik : Penderma Jepun tinggalkan RM415,000 di tandas awam

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan

TOKYO - Bagaimana anda selalunya mendermakan wang kepada orang lain? Seorang penduduk di Jepun menggunakan cara paling pelik untuk mendermakan wangnya.

Penderma tidak dikenali itu meninggalkan wang tunai bernilai 10 juta yen (RM415,000) di dalam sebuah tandas awam di Jepun, beserta arahan duit itu mesti digunakan untuk membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu, Mac lalu.

“Saya sendirian. Saya tiada masa depan jadi berikan wang ini kepada penduduk Tohoku,” menurut nota tulisan tangan itu, merujuk kepada bandar di utara Jepun yang musnah teruk dalam bencana buruk itu.

Pihak berkuasa Sakado mengesahkan, kelmarin, mengenai sebuah beg plastik berisi wang tunai itu yang ditemui di dalam tandas di bandar tersebut pada 22 September lalu.

Menurut pegawai majlis perbandaran di kawasan itu, wang tersebut akan diserahkan kepada persatuan Palang Merah Jepun jika penderma misteri itu tidak menuntutnya semula dalam tempoh tiga bulan. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi : 
Pelik betul cara penderma tu kan. kenapa dia tak pergi sendiri ke Persatuan Palang Merah Jepun. yang lagi peliknya dia kata dia tiada masa depan dan kesorangan . duit dah banyak..takkan tak ada masa depan lagi.

Urm..mungkin dia orang kaya yang keseorangan kot. ditinggalkan oleh anak dan bini. apa2 pun niat dia bagus untuk menderma. nasib baik duit itu dijumpai oleh orang yang bertanggung jawab. kalau dijumpai oleh penyangak..dah habis duit tu (^_^)



Read more »

Pelajar Terkejut Coklat Berulat

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

KARAK – Kegembiraan sekumpulan murid menikmati coklat yang diperoleh hasil kesungguhan mereka memenangi pertandingan sempena bulan kemerdekaan anjuran sekolah bertukar menjadi kecoh apabila coklat itu berulat.

Seorang murid, Loqman Haqqim Abdul Jalil, 12, berkata, selepas mendapat coklat yang merupakan hadiah bagi johan pertandingan lagu patriotik dan johan menghias kelas, mereka berkumpul untuk menikmatinya.

Menurutnya, ketika dia sedang asyik membuka bungkusan coklat, dia ternampak ulat berwarna putih keluar dari bungkusan.

“Saya terkejut lalu memaklumkannya kepada rakan-rakan dan cikgu berkaitan perkara itu.

“Cikgu meminta kami berhenti memakan coklat itu dan mengumpulkannya semula,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nurul Atasya Amran, 12, berkata, dia terperanjat apabila dimaklumkan rakannya berhubung perkara itu memandangkan dia sudah menghabiskan sebungkus coklat.

Menurutnya, saya langsung tidak menyedari kepelikan atau rasa luar biasa ke atas coklat itu kerana terlalu seronok.

“Tetapi apabila diberitahu rakan-rakan terdapat coklat yang berulat, saya hanya mampu berdoa tiada perkara buruk berlaku memandangkan saya sudah menghabiskannya.

“Selepas beberapa jam memakan coklat itu, saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti cirit-birit,” katanya.

Manakala Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah terbabit, Anikah Rusida Yusof berkata, pihaknya hanya menyedari coklat itu berulat setelah dimaklumkan oleh murid dan guru kelas terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas beberapa bungkusan coklat itu mendapati terdapat bau kurang menyenangkan dan struktur coklat juga berlainan kerana kelihatan lebam serta terdapat ulat berwarna putih.

“Tidak sangka perkara ini berlaku kerana tarikh luput yang tertera adalah pada 2012 dan pihak sekolah sudah menghubungi pihak pengeluar coklat bagi memaklumkan kejadian itu.

“Dalam masa sama, pihak sekolah juga akan membuat aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung perkara ini supaya ia tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.

Anikah berkata, sekotak coklat yang mengandungi antara enam hingga lapan bungkusan coklat itu dibeli dengan harga antara RM4.95 hingga RM5.95 di sebuah kedai di Temerloh pada 24 September lalu. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Ada jugak kes macam ni yer. nasib baik adik Loqman tu sedar. kalau tak..semua orang akan makan coklat berulat ni. yang kecian nya adik Nurul Atasya tulah..dah habis makan baru tahu. nasib baik tak keracunan budak2 tu kan.

Yelah..budak2..bukan tahu sangat pun coklat tu camna. yang dorang tahu just nak makan jer. penat lelah dorang masuk pertandingan..dapat hadiah pulak coklat camtu. memang tak berbaloi lah. yang jadi persoalannya tarikh luput lambat lagi. 2012. tapi kenapa dah berulat dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan plak.

Nasihat admin pada pihak sekolah supaya buat laporan kepada pihak yang berkenaan dan dapatkan pampasan. bukan apa..kita sebagai pengguna ada hak ke atas barang yang kita beli. lagi satu supaya pihak pengilang ambik berat dengan cara pemprosesan. jaga etika kerja tu. moga perkara ini tidak terjadi pada orang lain lagi yer..



Read more »

Saturday, 1 October 2011

Stesen Bas Segamat Terbakar !

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Hari ni, memang hari yang bikin gempak ! Hari dimana hanya satu masa je kat sekolah yang belajar . Hari dimana bas sekolah tak ambil aku balik sekolah ! Hari dimana aku rasa sangat gembira sebab novel yang aku order dah sampai . Dan hari yang paling terkejut buat aku,bila mak aku cakap stesen bas segamat terbakar . Huuuuu . jakungg betul aku nak tau . Jadi sebagai penduduk segamat aku pun bukak group Segamat kat dalam facebook . Laju betul diaorang updated pasal ni . Aku jelahh yang paling lambat tau . Hiiikhikk . 

Sebenarnya aku taktau sangat ceritanya . Yang mak aku cerita tong gas meletup . Mungkin ada kebocoran kot . Yangg paling hebat bila, bomba yang dekat dengan stesen bas tu dibantu oleh bomba ioi dan Labis . Hhohoho . Nampak sangat keadaannya sangat teruk . Kesian kat tuan punya gerai tu . Habiss terbakar gerai diaorang . Nasib baik One Segamat tak kena . Mehh cuci mata tengok gamba terbakar . 











        



Terukkan ? Jadi pengajaran hari ni,berhati-hatilah dengan barang-barang berkaitan gas dan sebagainya ni . Silap hari bulan memang boleh mengundang maut . Full kredit to Segamat Group  . Sekian berita semasa tunggulah kalau-kalau ada keluar kat tv3 malam nanti . Babai :)




Read more »

INGATKAHKAH KAU KENANGAN INI ..

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
SAAT AKU MENGENALI MU .. Kau bagaikan suci . Tidak kelihatan sedikit pun riak wajah pendusta . Apa yang terpancar hanyalah wajah suci yang inginkan kasih sayang . Wajah mu yang polos itu benar-benar telah membuatkan aku terpedaya dan jatuh cinta pada mu yang akhirnya membinasakan diri ku sendiri

SAAT AKU MENGENALI MU .. Kau hadir ketika aku sedang terluka dan ketika itu kau dengan mesranya menghulurkan tangan kononnya mahu menjadi penawar duka . Tapi semakin lama aku mengenali mu, aku sedar kau hanyalah menganggap aku sebagai boneka yang boleh kau permainkan .

MASIHKAH KAU INGAT .. Ketika aku kesepian dan memerlukan kau di samping ku saat itu kau tidak pernah muncul bahkan tidak pernah ada untuk ku . Apa yang mampu aku nyatakan adalah kau hanyalah seorang manusia yang hanya pandai menanam tebu di tepi bibir . Kau hanya pandai bermain kata dan janji tapi sukar menunaikan apa yang di janjikan . Kini aku sedar akan kekhilafan ku dalam mencintai mu .

DAN MASIH INGATKAH KAU SAAT AKU BERLALU PERGI .. Apa yang kau lakukan? . Kau hanya berdiam diri tatkala aku berlalu pergi dari mu, tidak terlintas di hati kecil mu untuk menghalangi niat ku padahal aku berharap kau melakukan itu . Kau seolah-olah rela atas pemergian ku padahal sebelum itu kau memberikan kata-kata cinta buat ku . Apakah itu buktinya kau sayang? .. Berdiam diri saat aku semakin berlalu dan tanpa berkata apa-apa untuk memperbaiki keadaan . Aku sungguh kecewa dengan cinta palsu mu .

MAHUKAH KAU TAHU AKAN SESUATU .. Saat aku berpisah dengan mu perbagai tohmahan yang aku terima . PERAMPAS, perkataan itu dilemparkan oleh seseorang kepada ku selepas perpisahan ini . Wajarkah dia melemparkan kata-kata itu pada ku sedangkan dia tidak tahu apa yang terjadi antara kita berdua dan kekasih mu kini . Wajarkah aku mendapat gelaran itu sedangkan kau yang melakukan kesalahan ..! Bermain kayu tiga di belakang ku dan akhirnya aku yang menanggung kesilapan mu . Aku telah redha dengan peristiwa itu dan tangan ku masih terhulur untuk pintu persahabatan antara kita . Namun aku sedar kau tidak akan pernah menyambut huluran tangan ku kerna kini kau telah menganggap aku sebagai kaca yang membinasakan hidup mu .


DAN KINI AKU MAHU KATAKAN PADAMU .. Biar kelukaan ini terus bernanah, kebencian dan dendam tidak pernah wujud dalam diri ku buat mu mahupun sesiapa . Aku tidak mahu terseksa hanya kerna membenci lelaki seperti mu . Aku tetap akan mendoakan kebahagiaan dan kejayaan mu . Aku harap kau akan menghargai si dia sepertimana aku menghargai mu suatu ketika dulu .




Read more »

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..