Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday 21 April 2012

EDISI KHAS : Akhirnya Sinar Kegembiraan Itu Hadir Juga..Terima kasih YA ALLAH

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

"Terima kasih YA ALLAH". itulah ungkapan ikhlas dari saya kepada allah atas rezeki yang dikurniakan. setelah sekian lama saya menunggu dan sabar dengan perjalanan hidup ini. akhirnya sinar kegembiraan itu hadir juga. hari ini,saya nak berkongsi berita gembira dengan korang. sebelum ini saya pernah memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan semalam saya menerima berita "BERJAYA..Tahniah. Anda berjaya di dalam urusan temu duga ini"

Rasa macam nak melompat jer..gembira sangat2. terima kasih YA ALLAH. walaupun agak lama hambaMU ini diduga dengan perlbagai dugaan..akhirnya sinar kegembiraan itu hadir juga. sungguh bersyukur saya dengan berita gembira ini. walaupun bukan dapat kerja bidang yang saya belajar, dapat kerja Pembantu Makmal pun dah bersyukur sangat2.


Mungkin dalam seminggu dua lagi surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan sampai. tak sabar nak tahu saya ditempatkan dimana. tak kisah lah kat mana2 pun. saya terima jer. tapi kalau dapat sekitar Terengganu jer..saya lagi gembira. saya saja2 jer cuba isi jawatan kosong di SPP. tak sangka plak temuduga dan terus dapat. kalau kawan2 nak cuba isi jugak pun boleh. sila masuk SINI.(^_^)

Saya sebenar yer belajar bidang Penilaian Harta Tanah. temuduga SPA pun saya dah pergi tempoh hari. tapi dapat calon simpanan jer. menurut Pegawai Penilaian tempat saya belajar, memang banyak kekosongan di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta. cuma masih dalam proses penempatan jer. calon simpanan mempunyai harapan yang lebih cerah.


Kawan2 yang simpanan pun dah ada yang kena panggil. semoga lepas ini giliran saya pulak yer. kalau dapat pilihan, memang saya akan pergi untuk Pembantu Penilaian. yelah..bidang yang kita belajar kan. nak jugak rasa "pulangan" daripada apa yang kita belajar dulu. semoga sinar kegembiraan itu akan "bersinar lagi". terima kasih YA ALLAH..amin (^_^)


Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..