Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Thursday 24 January 2013

Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Gambar : google images

Bagaimanakah caranya untuk anda tahu adakah seseorang itu menyukai anda? Mungkinkah dari gerak geri badannya? Mungkinkah dari cara si dia bercakap? Atau mungkinkah dari cara si dia melayan anda? Setiap orang sebenarnya mempunyai cara mereka tersendiri dalam mengekspresikan perasaan mereka. Namun begitu, terdapat lima tanda-tanda yang lazimnya orang akan lakukan apabila mereka menyukai seseorang, iaitu:

Orang itu akan berpeluh
Anda akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di sekitar dahi dan tangan mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk. Tetapi jika dia baru sahaja lepas bersukan dan berpeluh, jangan pula anda ingat dia menyukai anda pula. Kita tengok juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya apabila dia berpeluh tandanya dia menyukai anda.

Senyum sorang-sorang
Setiap kali bila anda lalu dekat dengan dia je, anda akan perhatikan yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali anda lalu je, nampak dia tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia tersenyum sorang-sorang.

Sweet talker
Bila dia bercakap dengan anda, dia akan cakap perkara yang baik-baik je. Anda pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang Melayu kata, orang macam ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.

Jantung berdegup kencang
Jantung anda akan berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan dia. Bukannya sebab anda nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan satu aura yang membuatkan diri dalaman anda terasa getaran aura yang dia pancarkan.

Mudah berangan
Dan akhir sekali adalah, dia mudah berangan bila bercakap dengan anda. Bila anda bercakap je dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je wajah anda. Bila anda tanya, tak menyahut. Anda lambai-lambai depan mata dia pun, tak berkelip. Itu tandanya yang dia memang betul-betul menyukai anda sebab dia tengah berangan sesuatu tentang diri anda.

So itulah di antara lima tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu menyukai anda. Si dia akan berpeluh-peluh, senyum sorang-sorang, sweet talker, jantung anda akan berdegup kencang dan akhir sekali si dia akan berangan bila bercakap dengan anda.

Sumber : tentangcinta.com


Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)



0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..