Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Monday 7 January 2013

Buah Oren Dan Khasiatnya

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Gambar : google images

OREN
Oren—secara terperinci, oren manis—ialah sitrus Citrus × ​sinensis (syn. Citrus aurantium L. var. dulcis L., atau Citrus aurantium Risso) dan buahnya. Oren ialah hibrid asal tanaman purba , kemungkinan antara limau bali (Citrus maxima) dan limau mandarin (Citrus reticulata).


KHASIATNYA

Rendah Kalori
Merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Mengandungi Serat 
Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Antioksidan 
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Mencegah Kenaikan LDL
Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Meningkatkan Kadar Folat 
Pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Ejen Perlindungan Terhadap Kanser 
Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.


Sumber : wikipedia.org, ymsagasama.blogspot.com

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..