Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Sunday, 6 January 2013

Chinese Zodiac (2012) TS

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Gambar : google images

A man searches the world for a set of mystic artifacts - 12 bronze heads of the animals from the Chinese zodiac. 



Sumber : teamhanna

Nota : 
Single Link : Download dan extract@winrar, terus dapat tengok
Part 1, 2 & 3 : Download semua part dan extract@winrar part 1 jer. extract@winrar akan auto join semua part. selamat menonton

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Saturday, 5 January 2013

Perbezaan Antara Jin, Syaitan dan Iblis

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Gambar : google images

"Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Ustaz Haji Ahmad Sarwat, saya mengenali Iblis sebagai dahulunya seorang alim yang taat dan dekat kepada Allah, sehinggalah apabila Iblis diminta sujud kepada Nabi Adam, maka Iblis pun menjadi derhaka kerana sombong akan sifat kejadiannya. Kasih sayang Allah SWT dapat dilihat, di mana kerana Iblis itu juga pernah patuh kepada perintah-Nya dahulu, maka Allah memberi tangguh akan ajalnya si Iblis, supaya Iblis dapat hidup hingga ke hari kiamat. Syaitan itu adalah label. Syaitan boleh jadi jin, boleh jadi juga manusia. Kerjanya menyuruh manusia melakukan kejahatan." - Amiene Rev

Nama Jin, Syaitan dan Iblis itu kadangkala mengelirukan kerana sifat kaumnya, tetapi setiap satunya memiliki perbezaan dari segi maksudnya.

Jin
Di dalam Al Quran, Allah SWT ada menyebut beberapa kali mengenai jin, sehinggakan ada surah yang khusus untuk bangsa ini iaitu Al-Jin.

Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api.
Allah SWT menerangkan bahawa jin itu diciptakan daripada api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat daripada nyala api.

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum daripada api yang sangat panas.(Al Quran, Surah Al-Hijr: 27)

Dan Dia menciptakan jin daripada nyala api.(Al Quran, Surah .Ar-Rahman: 15 )

Jin ada yang muslim dan ada yang tidak

Jin adalah satu bangsa, seperti manusia juga. Jika manusia ada yang muslim dan ada yang kafir. Jin pun ada yang muslim dan ada yang kafir.

Allah SWT berfirman menerusi ayat berikut:

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. (Al Quran, Surah Al-Jin: 11 )

Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentara Nabi Sulaiman AS. Sebagaimana diterangkan di dalam Al-Quran:

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. (Al Quran, Surah An-Naml: 17 )

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair daripada tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian daripada jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa daripada jin itu yang menyeleweng daripada perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. (Al Quran, Surah Saba': 12 )

Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap. Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali daripada hamba-hambaKu yang berterima kasih. (Al Quran, Surah Saba': 13)

Syaitan
Menurut Al-Quran, syaitan adalah makhluk yang kerjanya mengajak manusia berbuat jahat dan berbohong.

Mengajak kepada Perbuatan Keji


Firman Allah SWT:

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 169)

Syaitan adalah Musuh Manusia (satu label terhadap manusia atau jin)
Allah SWT telah menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 208)

Memberi Janji dan Angan-angan Kosong
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia.

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipuan belaka. (Al Quran, Surah An-Nisa: 120 )

Manusia pun ada yang Syaitan Juga
Namun Syaitan itu tidak terbatas kepada jenis makhluk halus/jin sahaja, melainkan manusia pun ada yang dikategorikan sebagai syaitan. Dan Al-Quran juga menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (Al Quran, Surah Al-Anam: 112)

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia. (Al Quran, Surah An-Naas: 1-6 )

Iblis
Sedangkan Iblis adalah makhluk derhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis manusia. Al-Quran secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah daripada jenis jin.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan-keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. (Al Quran, Surah Al-Kahfi: 50)

Jadi boleh dikatakan bahawa Iblis itu adalah seorang oknum yang berjenis jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada Adam, manusia pertama.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 34)

Motivasi yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah sifat sombong dan riak. Dia merasa dirinya jauh lebih baik daripada Adam. Allah berfirman:

"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud pada waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis, "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah." (Al Quran, Surah Al-Araf: 12 )

Ciri yang paling utama daripada Iblis adalah dia kekal hidup hingga ke hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah SWT.

Iblis menjawab, "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan." Allah berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (Al Quran, Surah Al-Araf: 14-15)

Iblis berkata, "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan." Allah berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya." (Al Quran, Surah Shaad: 79-81 )

Jadi iblis adalah nama seorang jin yang hidup pada masa penciptaan Adam AS. dan tidak mati-mati sampai ke hari ini. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga mempunyai keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada antara keturunannya itu yang mati. Meski barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek moyang mereka iaitu Iblis.

Rujukan:
Disusun dan disunting semula oleh Amiene Rev berdasarkan keterangan Ustaz Haji Ahmad Sarwat, Indonesia, yang disiarkan menerusi laman web www.eramuslim.com.

Sumber : http://ustaznaim.blogspot.com

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Friday, 4 January 2013

Artisteer 4.0.0.58475 With Crack

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Salam semua. hari ini admin nak berkongsi lagi software berguna dengan korang. kali ini admin akan kongsikan software Artisteer 4.0.0.58475 With Crack plak. kegunaan software ini adalah untuk membuat design template dan theme untuk wordpress, blogspot, drupal, joomla dan macam-macam lagi. buat template dan theme menggunakan software ini adalah sangat mudah. lagipun korang boleh edit mengikut cita rasa sendiri. admin sendiri pun pernah cuba software ini. memang menarik..

Berminat nak cuba?, atau memang tercari-cari software seperti ini?. elok korang download sekarang. nah link..admin kongsikan. cara nak buat crack pun mudah jer. crack ini perlu untuk jadikan software ini full version. kalau trial version korang tak dapat nak save template dan theme yang korang edit tadi tu.


Korang download dan extract kepada bentuk folder sehingga habis. kemudian buka folder tadi dan klik pada perkataan "Artisteer.4.0.0.58475" untuk mula install


Bila proses install dan siap. korang jangan buka dulu. kita perlu buat patch untuk jadikan software ini full version. copy "Artisteer" dalam folder yang di extract tadi dan buka folder software yang kita install tadi. kebiasaan yer ada dalam Local Disk(C) > Program Files > Artisteer 4 > Bin. copy dan replace disana.


Bila dan siap "copy and replace" buka short-cut "Artisteer 4" pada desktop untuk lihat hasilnya. klik file > about artisteer untuk lihat samaada korang dah berjaya buat crack atau tidak.

                                     Sebelum Crack                                    Selepas Crack

Semoga korang berjaya buat yer. ikhlas admin kongsikan. jika ada sebarang komen, cadangan mahupun permintaan boleh diutarakan disini. terima kasih sebab sudi singgah. admin hargai sangat-sangat.. (^_^)

Read more »

Thursday, 3 January 2013

Cara Berkesan Memikat Lelaki

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Gambar : google images

Masih gagal mencari cinta dan memikat lelaki? Apa kata kita ketahui pula bagaimana cara-cara yang terbukti berkesan untuk mendapatkan lelaki impian anda. tak kira lelaki ataupun perempuan, kita perlukan pasangan. untuk dijadikan bakal suami atau isteri. sesetengah tips ini juga boleh diamalkan oleh para lelaki yang masih belum ada pasangan tu. Jom kita baca sama-sama…
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

  9. Jangan terlalu mengongkong.

  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati

  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

  19. Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

  25. Mengetahui bila hari lahirnya.

  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

  28. Manja!

  29. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

  30. Jangan terlalu bersikap "kelelakian" dan ganas dalam pergaulan.

  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

  40. Jangan bersikap terlalu kuno.

  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Sumber : tetangcinta.com

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Wednesday, 2 January 2013

Monopoly Here & Now Portable

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Salam semua. hari ini admin nak berkongsi lagi game menarik degan korang. kali ini admin akan kongsikan game Monopoly Here & Now Portable plak. game ini adalah atas permintaan pengunjung duniakongsi. version ini merupakan version yang lebih baru berbanding dengan Monopoly By Parker Brothers Portable Edition. admin dah cuba main tadi..memang menarik. dah lama tak main game monopoly..huhu.

Berminat nak cuba main?. memang tercari-cari version ini?. elok korang download sekarang..nah link. admin kongsikan. dengan bentuk portable, korang tak perlu lagi susah-susah nak install bagai tu. download, extract dan terus dapat main


Korang download dan extract kepada bentuk folder sehingga habis. buka folder yang telah di extract tadi dan klik pada perkataan "PORTABLE Monopoly" untuk mula bermain.


Semoga korang enjoy dengan game ini yer. ikhlas admin kongsikan. jika ada sebarang komen, cadangan mahupun permintaan korang boleh utarakan disini. terima kasih sebab sudi singgah (^_^)



Read more »

Tuesday, 1 January 2013

PaintTool SAI English Pack Portable

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK



Salam semua. hari ini admin nak berkongsi lagi software berguna dengan korang. kali ini admin akan kongsikan PaintTool SAI English Pack Portable plak. software ini adalah atas permintaan pengunjung duniakongsi. apa-apa permintaan dari korang semua admin akan cuba cari dan kongsikan. kegunaan software ini adalah untuk edit-mengedit gambar, buat doodle dan lain-lain. admin nak cerita dengan lebih lanjut pun tak berapa tahu sebab tak pernah guna (^_^)

Admin kongsikan yang dalam bentuk portable untuk memudahkan. korang tak perlu lagi susah-susah nak install bagai tu. berminat nak cuba?. memang tercari-cari softwnare seperti ini?. elok korang download sekarang. nah link..admin kongsikan


Korang download, extract kepada bentuk folder sehingga habis. kemudian buka folder yang telah di extract tadi dan klik pada perkataan "start-sai" untuk start guna


Semoga software ini bermanfaat untuk korang yer. ikhlas admin kongsikan. jika ada sebarang komen, cadangan ataupun permintaan korang boleh utarakan disini. terima kasih sebab sudi singgah. admin hargai sangat-sangat..terima kasih.

Read more »

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..