Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................
Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Wednesday, 21 November 2012

EDISI KHAS : Pemilihan Blog Untuk Kempen CPUV(Cost-per-unique-visit) Oleh Advertisers

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Salam semua. hari ini admin nak berkongsi lagi tips berguna dengan korang. kali ini admin akan kongsikan Pemilihan Blog Untuk Kempen CPUV(Cost-per-unique-visit) Oleh Advertisers. baru-baru ini admin ada hantar tiket kepada nuffnang untuk pertanyaan berkenaan tajuk diatas. yelah..secara jujur yer admin bagitahu yang blog duniakongsi ni belum pernah pun lagi dapat kempem CPUV(Cost-per-unique-visit). bair lah orang nak kata buka pekung sendiri pun. admin tak kisah. admin jujur nak berkongsi dengan korang semua.

Tak tahu lah apa lagi yang dikehendaki oleh pihak nuffnang ni. semua admin dah buat, dah ikut apa yang sepatutnya. oleh kerana masih tak dapat2 iklan ni, admin hantar tiker "maut" dan ini jawapan terbaru dari pihak nuffnang. time tu admin agak "hot", ayat pun semacam jer tu. tak kisah lah apa nuffnang nak kata..haha. korang baca lah yer. kemudian praktikkan pada blog sendiri.

SOALAN DARI ADMIN

JAWAPAN DARI PIHAK NUFFNANG

Admin terpaksa "censored" nama admin atas faktor keselamatan. semoga maklumat ini berguna untuk korang yer. walaupun jawapan yang diberikan oleh pihak nuffnang agak tidak menepati soalan yang admin tanya, tapi maklumat ini masih berguna untuk admin. terima kasih nuffnang.

Tapi..yang pelik yer. blog lama admin dapat jer CPUV(Cost-per-unique-visit) ni. walaupun dah hampir 6 bulan tak update. tataletak iklan lagi lah merapu. UV?. lagi lah sedikit..nak kata nuffnang ni "sengaja" pilih blog yang UV sedikit..urm..jawapan diatas kata pihak pengiklan pilih blog mana yang dia suka. setakat hari ini blog tu dah dapat 12 CPUV(Cost-per-unique-visit)


Ada 4 lagi CPUV(Cost-per-unique-visit) yang masih "on going" tu. blog yang tak update banyak jer dapat. blog yang update ni langsung tak dapat. pelik2..

Takpe lah..harapa-harap nanti ada lah tu. dari apa yang admin faham, pemilihan CPUV(Cost-per-unique-visit) adalah berdasarkan kumpulan sasaran blog. siapa sasaran pembaca blog kita?. kita tidak akan dapat iklan tersebut jika tidak memenuhi kumpulan sasaran yang sesuai. bab iklan tu bergantung kepada keberkesanan unit iklan, ruang unit iklan. adakah lokasi iklan nuffnang pada blog kita sesuai?. berada pada tempat yang sepatutnya?

Gaya penulisan juga penting. sangat tidak sesuai jika penulisan di blog kita banyak menggunakan bahasa "rojak" atau singkatan yang keterlaluan. blog admin pun sama, kadang "tersasul" jugak dengan perkataan "rojak' ni. gaya penulisan yang akan menarik minat pembaca untuk terus berkunjung di blog kita.

Korang mungkin nak baca ni juga,

Nuffnang : Tataletak Iklan, Apa Itu Buffered Earning Dan Syarat2?

 

Itu hanya pandangan dan pendapat peribadi dari admin. mana yang berguna..ambil sebagai panduan. mana yang kurang menepati tu..jadikan pengajaran. jika ada sebarang komen, cadangan mahupun permintaan sila utarakan disini. terima kasih sebab sudi singgah

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Wednesday, 2 November 2011

Nuffnang : Tataletak Iklan, Apa Itu Buffered Earning Dan Syarat2?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. hari ini admin nak kongsikan tips yang agak berguna dengan korang. dah ada ilmu..kena lah kongsikan. tak gitu?. (^_^). tips yang akan admin kongsikan adalah berkaitan dengan tataletak iklan, apa itu buffered earning dan syarat2 untuk mendapatkannya.

Dua hari lepas admin ada menghantar TIKET kepada pihak nuffnang. tentu korang tertanya2 apa itu TIKET kan?. otai2 blogger semua dah tahu..jadi admin hanya berkongsikan kepada mereka yang belum tahu. tiket ni merupakan cara untuk kita menghubungi pihak nuffnang samaada untuk :

  •   Bantuan Teknikal
  •   Pertanyaan/Cadangan Advertiser
  •   Sumber Manusia (Permohonan Pekerjaan)
  •   Pertanyaan/Cadangan Blogger
  •   Pertanyaan/Pendapat berkaitan Peraduan Nuffnang
  •   Lain-lain

Admin menghantar tiker berkaitan dengan pertanyaan / cadangan blogger. dan bertanyakan sedikit soalan berkaitan dengan tajuk diatas. korang boleh menghantar tiket kepada nuffnang melalui hubungi kami@contact us. secara jujur admin cakap admin belum pernah dapat buffered earning. tak tahu lah dek admin masih baru dalam dunia blogger atau blog admin belum lagi layak. ni soalan yang admin tanya tu..


Mungkin ada diantara kamu yang kata..ala tak malu ke cerita "pekung" sendiri kepada orang lain. nak malu buat apa. niat admin ikhlas..hanya nak berkongsi dengan kawan2. tak kisah lah apa orang nak kata..yang penting admin jujur cerita semua. dalam dunia blogger ni kena jujur. dan dibawah ni merupakan jawapan yang dibalas oleh pihak nuffnang. dek kerana terlampau panjang admin tak dapat nak printscreen...huhu. cukup dengan penerangan yang lengkap..

"  
Subject: Re: tataletak iklan di blog dan buffered earning
Date: 31 Oct 2011 06:48 PM Posted By: Farahnaz  (Staff)
Hi,

Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!
Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my "


Kesimpulannya disini :
  • Admin pun salah sebut tentang Buffered Earning. yang sebenarnya ialah Kempen CPM..haha
  • Korang kena perlu selalu update bio servey supaya menepati kehendak pengiklan
  • Letak iklan nuffnang ditempat yang betul
  • Keahlian eksklusif
  • Selalu update blog

Semoga info ini berguna untuk korang semua. kepada pihak nuffnang moga info ini dapat membantu blogger2 yang masih baru dan belum mengetahui apa itu "Buffered Earning" yang sebenar. ikhlas dari admin (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..