Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday 3 November 2012

Anggur Dan Khasiatnya

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Gambar : google images

Anggur
Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman.

Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980'an. Terdapat empat varieti anggur yang sesuai di tanam di Malaysia iaitu varieti IAC, Black Queen, Black Opal dan New White Malaga.

Varieti IAC mempunyai buah berwarna hijau yang matang dalam tempoh 8-12 bulan. Varieti Black Queen mempunyai buah berwarna kehitaman yang matang dalam masa 9-12 bulan sementera Varieti Black Opal mempnyai buah berwarna hitam kebiruan yang matang selama 10-12 bulan. Manakala varieti New white Malaga matang dalam tempoh 10-12 bulan dan buahnya berwarna hijau.


Khasiatnya
Anggur yang segar bukan sahaja mengandungi vitamin yang baik untuk kesihatan. Selain untuk dimakan, anggur juga boleh dijadikan sebagai bahan kecantikan. Sekiranya dijadikan sebagai bahan dalam bentuk krim, ia mampu menyerap ke dalam kulit. Kajian menunjukkan anggur bukan saja membekalkan kandungan vitamin C yang tinggi, bahkan boleh membaiki tahap anti oksida dalam tubuh manusia.

Kehadiran tinggi radikal bebas yang berpunca daripada pelbagai elemen seperti pencemaran didapati antara punca utama yang menyebabkan kulit mengalami proses penuaan dengan cepat. Justeru, apa saja yang mengandungi bahan anti oksida berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Anggur antaranya. Tidak hairanlah pengambilan anggur digalakkan berikutan kandungan anti oksidanya yang tinggi.

Anggur yang mengandungi vitamin C memang terkenal peranannya mencantikkan kulit wajah juga berfungsi sebagai anti oksida. “Ia juga membantu meneutralkan kemusnahan molekul radikal bebas kulit, membantu melindungi kulit daripada kesan kemusnahan sinar UVA dan UVB yang boleh merosakkan kulit. “Selain buah, biji anggur pula dikatakan 50 kali ganda lebih efektif sebagai anti oksida berbanding vitamin E, malah membantu kelembapan kepada kulit. Sementara daunnya pula yang kaya dengan polyphenols membantu dalam proses pembuangan toksin tubuh.

Antara Khasit Lain :
  • Mengandungi vitamin A,B,C,E dan K
  • Terbukti dalam menguatkan hati dan jantung
  • Menghilangkan bau mulut
  • Menghilangkan rasa sakit dan pedih pada buah pinggang dan pundi kencing
  • Membantu menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah hadam
  • Dapat mencairkan lendir dan kahak
  • Membantu menghilangkan rasa lenguh dan letih
  • Menenangkan emosi
  • Dapat membantu mengurangkan perasaan dan rasa marah
  • Mengubati penyakit batuk

Sumber : wikipedia.org , utusan.com.my

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..