Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Wednesday 16 May 2012

Apa Itu Plagiarisme Dan Cara Untuk Mengatasinya

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Sumber : google images

Menurut Kamus Dewan, ciplak atau plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri". Dalam bidang akademik, gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. 

Dalam bidang kewartawanan pula, plagiarisme dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau diberhentikan kerja. Sesetengah individu yang ditangkap kerana menciplak dalam penulisan akademik mendakwa mereka tidak berniat menciplak, melalui kegagalan mereka mengemukakan petikan serta sumber rujukan. 

Sementara penciplakan dalam bidang akademik dan penulisan mempunyai sejarah berkurun lamanya, perkembangan Internet, di mana rencana dipaparkan sebagai teks elektronik, menjadikan perbuatan menyalin hasil kerja orang lain lebih mudah melalui potong dan tampal sesuatu teks dari sesebuah laman web ke satu lagi laman.



Tertarik dengan isu ini, hari ini admin nak berkongsi sedikit tips @ cara untuk mengatasi masalah plagiarisme. perbuatan "copy & paste" entry orang lain adalah salah jika dilakukan tanpa kebenaran atau tidak nyatakan sumber asalnya. 3 cara yang akan admin kongsikan ialah :

CARA 1 : DISABLE RIGHT CLICK


Cara ini bertujuan untuk "disable" klik kanan pada blog korang. "cara" ini berfungsi apabila seseorang itu "select" dan cuba buat sesuatu yang tak elok dengan "right click"..haha. korang letak lah sedikit kata2 amaran yang mungkin membuatkan mereka merasa "ngeri". sekurang2yer korang dah bagi amaran kan. jika mereka tetap buat. memang takde perasaan lah tu (^_^)

Berminat nak buat?. sila rujuk SINI


CARA 2 : DISABLE TEXT HIGHLIGHT

Cara ini lebih "kejam" sikit berbanding dengan cara diatas..haha. kenapa admin kata camtu?. kalau cara diatas sekurang2yer masih benarkan "select", cara ini langsung tak bagi peluang untuk berbuat sedemikian..huhu. jika ada seseorang yang berniat untuk buat "sesuatu" dengan entry korang dan terfikir untuk "select". jangan harap lah. mouse mereka seakan-akan rosak, langsung tak boleh nak buat fungsi "select"

Berminat nak buat?. sila rujuk SINI


CARA 3 : LETAK GAMBAR DAN TULISAN DALAM BUTTON

Admin rasa cara ini paling berkesan dalam melindungi entry atau idea korang dari di "copy & paste". kenapa admin kata camtu?. dengan cara ini, gambar dan tulisan korang kelihatan seakan-akan "gambar". dimana "mereka" langsung tidak berpeluang untuk melakukan right click mahupun select. entry pun kelihatan lebih menarik dan comel. admin suka dengan cara ini (^_^)

Berminat nak buat?. sila rujuk SINI


Setakat tu jer admin dapat kongsikan dengan korang. jika korang ada cara yang lebih baik. mari kongsikan bersama. admin tak kisah jika ada yang nak "copy & paste" apa yang admin kongsikan. tapi sekurang2yer nyatakanlah sedikit penghargaan dari duniakongsi.net. semoga info ini dapat membantu korang yer. ikhlas admin kongsikan. terima kasih sebab sudi singgah..

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


4 comments:

rAIHan said...[Reply to comment]

thanx share..memang ramai yg guna kan cara nie utk elak copycats~

http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/terima-kasih-cikgu.html

lady-D said...[Reply to comment]

hehe..k.dla xde ms nak copy2 ni..ade ms update..xde ms biar je bersarang blog tu..hehe..

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@rAIHan admin hanya berkongsi apa yang admin tahu.mana yang sesuai, amik lah yer (^_^)

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@d_LA haha..entry ni khas untuk blog sesiapa yang selalu kena copy tu jer (^_^)

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..