Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Thursday 17 May 2012

Kita Tak Tau Bila Ajal Kita Akan Datang

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Salam sejahtera kepada semua pembaca...

Kali ni aku rasa macam nak tulis benda yang serius sikit.

Semuanya gara2 perkara yang baru sahaja berlaku pagi tadi.

Perkara yang mungkin boleh meragut nyawa setiap orang yang ada di kawasan itu, jika Allah mengkehendakinya.

Baiklah, bunyi macam serius? Ya, dah tentu! Kalau bukan sebab Allah nak selamatkan aku dan rakan2, mungkin sekarang aku, tak pun kitorang dah takde kat dunia ni. Mungkin aku tak duduk di sini menulis...

Erm, aku tak tau sama ada nak cerita sepenuhnya ataupun tidak apa yang dah berlaku. Ya lah, ia semua bermula daripada kesilapan manusia. Sesiapa sahaja boleh melakukan kesilapan. Cuma tinggal siapa dan apa kesilapan yang dilakukan oleh seseorang itu.

Memanglah lumrah manusia itu cepat lupa. Jika diteliti dari bahasa arab, manusia itu sendiri bermaksud pelupa. Betul, kan?

Okeylah, nak dijadikan cerita. Sebelum aku teruskan, aku nak cakap, aku tak marah pada sesiapa atau insan yang melakukan kesilapan itu. Cuma sekarang aku nak cakap pasal benda lain. Bukannya aku nak salahkan sesiapa. Bukan aku nak marah (mungkin sebab aku dah rasa 'sejuk' kot).

Okey, ceritanya...ada lah hamba Allah dalam rumah aku terlupa nak tutup dapur gas sebab pagi tadi dia panaskan lauk semalam. Dia buka gas tu semaksimum mungkin sebab dia nak makanan tu cepat panas. Ya lah, dah lambat nak pegi kerja, mestila nak cepat kan. Ditakdirkan, dia terlupa nak tutup. Dia keluar pergi kerja tanpa menyedari yang dia tak tutup gas tu. Masa tu, aku dan tiga orang lagi budak rumah masih tidur (sebab malam tadi tidur lambat).

Ditakdirkan lagi, tiba-tiba seorang kawan aku tersedar dari tidur. Dia pelik tengok asap berkepul2 dalam rumah. Bau hangit. Mula2 dia ingatkan ada litar pintas. Dia terus check seterika. Tak buka pun suisnya. Dia check pembakar roti. Tak buka pun. Lepas tu, dia masuk balik bilik. Rasa pelik, dari mana datang asap tu. Dia cakap asap tu memang dah penuh dalam rumah tapi dia tak tau dari mana. (Aku dan yang lain masih tidur, ditakdirkan kitorang memang tak sedar langsung).

Lepas tu, dia tergerak hati nak masuk dapur. Dia nampak asap tapi belum pasti puncanya. Sekali dia masuk dapur, api tengah menyala-nyala kat atas dapur tu! Asap tak payah cakap la kan. Mujurlah api tu belum marak. Dahlah sebelah kiri ada tong gas, sebelah kanan ada peti sejuk...

Bayangkan! Bayangkan apa akan jadi kalau takde pun salah seorang dari kitorang tersedar? Dahlah tu, masa aku bangun tidur, kawan aku tadi dah keluar. Jadi, aku tak tau apa yang dah jadi. Rasa pelik kenapa badan rasa lesu dan penat. Rasa macam nak pitam pun ada. Pelik tengok tingkap terbuka luas. Pelik kenapa ada bau hangit.

Sorang lagi kawan baru bangun jugak. Dia pun rasa pelik kenapa kepala dia rasa berat sangat hari ni. Selalunya kalau tidur lambat, takdelah rasa macam ni bila bangun. Rupa-rupanya, kitorang sebenarnya dah tersedut asap tu agaknya masa kitorang tengah tidur. (Mujurlah tak mati sesak nafas ke apa...)

huhuhu...bila kitorang dapat tau apa yang dah terjadi masa tidur tadi, terfikir banyak kemungkinan yang boleh terjadi. Yang boleh berlaku. Yang paling jelas, kalau semua tak sedar, memang mautlah yang menanti. Nauzubillahiminzalik!

Takutnya bila terbayangkan semua tu...hanya Allah yang tahu betapa terkejut, takut, risau, dan marahnya kitorang masa kawan yang sorang tu bercerita pada kitorang...
Ya, sekali lagi...aku tak nafikan, semua orang boleh buat salah. Cuma siapa yang buat salah, itu persoalannya. Tapi kitorang fikir, benda ni boleh dielakkan. Sebab kawan yang terbuat salah tu, selalu kelam-kabut pagi2 nak pegi keja. Masa tu lah nak panaskan lauk, masa tu lah nak gosok baju, masa tu lah nak mandi, mekap, blablabla...

Tak rasa ke benda tu boleh dielakkan dengan bangun lebih awal? Atau buat persediaan malam ke kalau nak bangun lewat pagi? Okey, okey..sekarang aku tak nak salahkan dia dah.

Mungkin ini satu dugaan, satu peringatan yang Allah turunkan melalui perbuatan dia. Siapa tahu, bukan?



Mungkin Allah nak uji kitorang, adakah kitorang akan melatah dan marah dia dengan sewenang-wenangnya begitu sahaja? Mungkinkah kitorang akan maafkan dia? Ya, kita tau dia tak sengaja. Gila ke apa kalau dia sengaja? Dah tentu tak kan...

Jadi, kalau bab kemaafan tu, aku dengan senang hatinya boleh maafkan dia sebab aku tau semua orang pun mungkin boleh berbuat kesalahan yang sama tanpa disedari.

Ya, dia dah hantar mesej mintak maaf dengan semua housemate.

Tapi kan, memanglah...perancangan Allah itu sangat teliti dan rapi. Cuma kita kena nilai sendiri apa maksud yang tersirat di sebalik apa yang berlaku.

Cuma aku nak cakap, ditakdirkan hari ni kitorang keluar rumah lambat. Selalunya aku dengan kawan2 keluar pergi library pagi2 lagi. Macam semalam kitorang keluar pukul 8 pagi. Tapi hari ni ditakdirkan kitorang keluar lambat.

Bayangkan lagi..apa jadi pada rumah tu kalau kitorang takde kat rumah? Lagi dahsyat rasanya..

Apa-apa pun, aku amat bersyukur yang kitorang terselamat dari apa-apa bencana. Seram sejuk rasanya bila fikirkan apa perasaan mak aku bila dapat tau berita buruk di Hari Guru ni? Dahlah kebelakangan ni aku jarang telefon dia sebab terlampau sibuk. Tiba-tiba dapat berita buruk? Astaghfirullah, tak dapat bayangkan...

Apa yang jelas sekarang, inilah satu peringatan yang aku rasa aku nak kongsi dengan semua orang.

Ajal maut tu di tangan Allah. Kita memang tak akan tau bila malaikat Izrail akan datang menjemput kita, dalam keadaan apa, dan di mana ia akan berlaku.

Dengan ini, marilah kita sama2 bermuhasabah diri dan renung2 kan...bertaubatlah sebelum terlambat.

Wallahu'alam.


Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..