Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Wednesday 30 May 2012

Tips Ketika Menghadiri Temuduga

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Gambar : google images

Salam semua. hari ini admin nak berkongsi lagi tips berguna dengan korang. kali ini admin akan kongsikan Tips Ketika Menghadiri Temuduga. tips ini adalah apa yang admin praktikkan. memang berguna untuk temuduga yang admin pernah pergi. alhamdulillah, admin dapat kerja kerajaan walaupun hanya pembantu makmal. nak kata tips hebat tu takde lah..tapi korang boleh mencuba. dah ada sedikit ilmu, admin kongsikanlah untuk kawan2. semoga berguna (^_^)

TIPS 1
Berpakaian Kemas
apa yang admin maksudkan ialah, berpakaian bersesuaian dengan temuduga. baju tanpa kedut, warna baju tu biarlah sedikit terang. janganlah terlalu gelap. kalau boleh, baju tanpa corak, kosong tanpa garisan. bertali leher dengan sekaan yang sesuai. yang penting rambut, misai dan janggut biarlah rapi

TIPS 2
Jangan Memakai Wangian Yang Terlalu Kuat
wangian yang terlalu kuat dikhuatiri akan menganggu penemuduga. yelah..bilik temuduga bukan yer besar sangat. pakai minyak wangi yang slow2 jer bau. cukuplah jika bau badan kita tak berbau..huhu

TIPS 3
Ketuk Pintu Sebelum Masuk, Bagi Salam Atau Salam Sejahtera
tips ini penting untuk menunjukkan yang kita mempunyai adab yang baik. bagi salam jika penemuduga itu islam dan salam sejahtera jika bukan islam. persepsi daripada penemuduga itu penting untuk membantu keputusan temuduga itu nanti.

TIPS 4
Bersalaman Jika Penemuduga Sama Jantina
tips ini lebih kurang sama dengan diatas dimana adab yang elok akan mempengaruhi kadar keputusan temuduga. lagipun kita sebagai seorang islam, bersalaman sesama muslim amat dituntut dalam islam.

TIPS 5
Duduk Dengan Tertib
duduk elok2, paha dirapatkan dan tangan hendaklah diatas riba. mata hanya tengok pada penemuduga. yang penting, cuba senyum selalu. elakkan dari bermain dengan jari atau mata melilau sana sini. perbuatan tersebut akan menunjukkan yang korang dalam keadaan gelisah

TIPS 6
Jawab Soalan Dengan Yakin    
cuba jawab soalan yang ditanya dengan penuh yakin. tak kira jawapan korang tu betul atau salah. yang penting korang tak perlu rasa malu. sebenar yer..salah satu tujuan temuduga dan soalan ditanyakan adalah untuk melihat tahap kenyakinan korang.

TIPS 7
Ambil Peluang Untuk Bertanyakan Soalan 
Kalau diberi peluang atau ada kesempatan, korang patut bertanyakan soalan kepada penemuduga. soalan tersebut seelok2 yer adalah berkaitan dengan jawatan temuduga korang. dengan bertanyakan soalan, ini akan menunjukkan korang memang betul2 berminat dengan jawatan tersebut.

Bila dah habis temuduga, bersalam sekali lagi dengan penemuduga dan ucapkan terima kasih. anggapan dorang tentang diri kita itu penting.

Itulah serba sedikit tips yang dapat admin kongsikan. jika korang juga ada tips yang berguna sila utarakan disini yer. mana yang baik itu kita kongsikan bersama. mana yang tak elok tu kita sama2 jauhkan. semoga hidup kita dirahmatiNYA..amin. ikhlas admin kongsikan untuk semua (^_^) 

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


2 comments:

lady-D said...[Reply to comment]

dah dpt keje ke?katne?tahniah2..keje leklok ye..jgn mengulor..hehe

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@d_LA a.ah..kije pembantu makmal jer k.la . kat kemaman. takde yer nak mengulor..kije pun tak tentu lagi. sekolah tak siap sepenuh yer lagi. buat sementara ini duduk kat PPD jer dulu..

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..