Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday, 27 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha Kepada Semua

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Gambar : google images 

Salam semua. dihari baik dan bulan baik ini, admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Kepada Semua. semoga hari raya korban tahun ini lebih meriah daripada tahun-tahun yang sebelumnya. agak sedih tahun ini kerana admin tidak dapat balik beraya dikampung halaman..huhu. disebabkan tiket bas telah habis, jadi admin "terpaksa" ikut kakak beraya dirumah abang ipar di perak. walaupun agak sedih tak dapat beraya dikampung halaman, tetapi admin mendapat pengalaman baru beraya di tempat orang.

Disebabkan masih dalam keadaan keletihan, admin tidak dapat "berkongsi" cerita dengan menarik. takpe lah..admin cuma nak mohon kemaafan dengan korang semua sebab sejak dua menjak ni admin jarang update entry baru. dek sibuk dengan kerja dan kekangan masa yang mencemburui. tetapi ini tidak bermakna admin berhenti terus dari berblogging. admin akan cuba update yang terbaik untuk korang semua.

Admin amat berterima kasih kepada kawan2 yang selalu singgah di duniakongsi.net. tanpa korang semua, siapa lah admin. tak kira lah active reader ataupun silent reader, admin berterima kasih sangat2. walaupun blog admin takde lah hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan blogger2 hebat yang lain, admin bersyukur dengan apa yang ada sekarang. dengan kunjungan korang, "unique view" blog admin semakin meningkat hari demi hari. terima kasih atas sokongan korang (^_^)

Akhir kata, admin ingin memohon memohon kemaafan andai ada silap dan salah sepanjang admin berblogging. tak kira lah terguris hati dan perasaan, terkasar dalam berbahasa dan terlupa akan permintaan korang. semoga korang semua terus menyokong duniakongsi.net yer. mana yang baik ambil sebagai panduan, mana yang buruk itu ambil sebagai pengajaran. sekian buat kali ini (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


2 comments:

hainom OKje said...[Reply to comment]

Lama tak OKje singgah sini..... kalau dulu sinilah tempat OKje cedok ilmu.... TQ admin!!!

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@hainom OKje sama2. admin cuma kongsikan jer. mana yang elok..ambil lah. mana yang kurang sila tegur..admin akan perbetulkan (^_^)

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..