Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Wednesday 15 August 2012

Ho..Ho..Ho..Balik Kampung..Hati Girang

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. sudah agak lama admin tak menulis entry, berkongsi maklumat dan pendapat dengan korang. rindu sangat2 rasa yer..huhu. mungkin sebab agak lama tidak "menulis" admin agak kekok dalam membuat entry ini. bulan Ramadan kian sampai ke penghujung yer dan bulan Syawal semakin tiba. ini bermakna kita akan menyambut hari raya tidak lama lagi.

Bila dah makin hampir dengan bulan Syawal, semua umat islam walau dimana sahaja akan mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung. admin pun sebenar yer dah berada dikampung sekarang..huhu. walaupun tidak terlalu jauh berada di "perantauan" bahang balik kampung itu tetap terasa. rindu dengan gelak tawa adik beradik. teringat akan kemeriahan hari raya..

Yelah..siapa tidak rindu akan tempat asal usul kan. mana kita boleh lupa tempat bermain masa kecil. admin sekarang bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah di kemaman. atas sebab itu lah, admin agak kurang online sejak dua menjak ni. walaupun tidak terlalu sibuk, tetapi "kemudahan" internet itu terhad..huhu. almaklum lah..sekolah baru. masih banyak kekurangan yer.

Pada kesempatan ini, admin ingin berpesan kepada kawan2 yang ingin atau sedang balik kampung tu supaya lebih berhati-hati. yelah, dalam kesibukan dan keghairahan untuk balik kampung tu mungkin kita alpa seketika. ingat lah, walaupun sekali kita alpa, kemungkinan bencana itu akan terjadi. biar lambat..asal selamat. rancang perjalanan korang semua yer.

Apa2 pun, admin ingin ucapkan selamat balik kampung kepada semua. jaga diri, jaga keselamatan keluarga, dan elakkan dari drive terlalu laju. semoga semuanya selamat sampai dan kembali. admin sentiasa doakan keselamatan kawan2 semua. admin pun agak letih sebenar yer. baru petang tadi sampai kat kampung. sebab tu menaip pun "kurang bersemangat" jer (^_^)

Sebelum admin akhiri "luahan" hati kali ini, mari sama2 kita mendengar lagu BALIK KAMPUNG nyanyian allahyarham SUDIRMAN.


Setakat itu sahaja untuk kali ini, semoga kita akan bertemu lagi dalam entry akan datang. assalamualaikum..

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


2 comments:

OKje said...[Reply to comment]

OOO tu le pasal jarang on line ye... Apapun, OKje ucapkan Selamat Hari Raya untuk Admin jugak....

Raya nanti jangan makan kopok leko banyak sangat....nanti kalau terlampau kenyang tak elok untuk kesihatan!....he...he...

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@hainom OKje selamat hari raya kembali (^_^)

hari raya dah tak makan keropok lekor. makan kuih2 jelah bebanyak..huhu

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..