Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday 16 September 2011

pembunuhan kejam..

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Morning semua!~..pagi nie ada berita yang mengejutkan fie tentang pembunuhan kejam seorang pelajar terhadap seorang seorang gadis yang menuntut di Maahad Tahfiz At-Tijarah Selayang, berasal dari Setapak, Kuala Lumpur dekat kawasan semak di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang, pada 5 September lalu.

Suspek yang berasal dari Ukay perdana, menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam di tahan luar kampus bagi menbantu siasatan terhadap kes bunuh seorang gadis berusia 19 tahun, mayatnya di temui rentung.

Menurut keterangan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati suspek ada membeli petrol di dua stesen minyak di Ampang, sebelum suspek gunakan untuk membakar mangsa. 

Polis juga menjumpai beberapa bukti fizikal seperti rambut yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan di kereta jenis Kancil milik suspek berusia 19 tahun itu termasuk telefon bimbit milik mangsa.

Dari hasil siasatan forensik polis mangsa di temui dalam keadaan terbaring dan tidak berpakaian. 

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang kebetulan sedang melalui kawasan tersebut kira - kira dalam jam 1.30 petang sebelum menberitahu polis peronda yang menjalankan tugas rondaan di kawasan tersebut.


Menakutkan betul, tergamak mereka buat macam tu kan?? muda lagi suspek dan mangsa tu. Sekarang nyawa macam dah terlalu murah . Pada mereka di luar sana hati - hati ya, bahaya berada di mana - mana.



0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..