Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................
Showing posts with label (EDISI KHAS) : Harapan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label (EDISI KHAS) : Harapan Ramadhan. Show all posts

Sunday, 19 August 2012

EDISI KHAS : Selamat Hari Raya Kepada Semua

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
gambar : google images

Salam semua. SELAMAT HARI RAYA. mohon maaf andai ada salah silap yer. masih belum terlambat kan?..huhu. sibuk sangat hari ini. baru ada kesempatan nak update blog sikit. suasana raya?. lebih kurang sama dengan orang lain. hias rumah, buat BBQ sikit malam raya. agak meriah..seronok bersama ahli keluarga. pagi pergi takbir dan solat hari raya. lepastu kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara.

Esok mungkin masa admin beraya dirumah kawan plak. rindu sangat kat kawan2 lama. dah lama tak jumpa. lagipun dah ramai yang dah kahwin. suasana "raya" bersama kawan2 dah tak sama macam dulu. kalau dulu takde lah segan sangat nak bergurau senda. tapi sekarang dah tak boleh sangat. maklumlah, dorang dah ada suami.dah ada isteri. admin jugak yang masih tak kahwin2 sampai sekarang. yelah..admin tak ensem, mana ada yang nak pandang pun.huhu (^_^)

Gambar raya?. takde yang admin dapat kongsikan. admin ni jenis yang "kurang" suka ambil gambar..huhu. nak ambil gambar camne..kalau orang lain ada enset mahal2..admin ada yang murah2 jer. orang lain ada "TAB", admin ada netbook BURUK jer. memang tak dapat ambil gambar lah jawab yer..haha. lagipun, admin tak kongsikan maklumat sebenar admin dalam blog ni. bukan apa, hanya untuk keselamatan.harap korang faham2 lah yer.

Pengalaman raya?. haha..dah memang macam tradisi. tiap2 tahun admin duk sakit perut jer. mungkin "terlalu" banyak sangat makan kuih raya kot. yang tak tahan yer, hari ini dah 5 kali admin duk "buang" jer. macam2 dah yang "keluar". sekarang pun perut masih rasa tidak selesa. tapi takpe, ketidakselesaan itu tidak akan mempengaruhi mood nak beraya. insyaallah..esok ok lah tu.amin (^_^)

Setakat ini jelah admin dapat kongsikan cerita "raya" dengan korang semua. mungkin raya esok, lusa dan seterusnya ada "pengalaman" yang lebih menarik. siapa tahu kan?. korang pun boleh kongsikan pengalaman raya disini. kalau sudi kongsikan, cuma paste link entry pada ruangan komen. admin akan singgah baca cerita "raya" korang..insyaallah. sekali lagi admin ucapakan SELAMAT HARI RAYA dan MOHON SERIBU KEMAAFAN andai ada salah silap sepanjang admin menulis blog. sekian..

gambar : google images


Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Saturday, 3 September 2011

Al - Kisah (EDISI KHAS) : Harapan Ramadhan

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Assalamualaikum w.b.t..kepada kawan2 semua. balik jer dari menunaikan solat terawih tadi terdetik dihati fizi untuk menulis satu entry khas sempena bulan ramadhan yang mulia ini. esok genap 1 Ramadhan 1432 H bersamaan dengan 1 Ogos 2011 kita semua akan mula mengerjakan ibadah puasa ini. berperang dengan lapar & dahaga.

Jadi..dikesempatan ini fizi ingin memohon sejuta kemaafan daripada semua kawan2 dan kenalan fizi..maafkan semua kesalahan andai ada terkasar bahasa & perbuatan sepanjang kita berkenalan. fizi pun manusia biasa jugak...tidak terlepas dari melakukan kesalahan..sama2 lah kita bermaafan supaya ramadhan kali ini lebih bermakna dan kita dapat melakukan segala ibadah dengan tenang yer.

Urm..ramadhan kali ini mengingatkan fizi kenangan berpuasa di rantau orang..semasa belajar di INSPEN...masih tergiang2 dalam fikiran fizi...fizi masih tidak dapat melupakannya...sungguh manis kenangan berpuasa bersama korang semua..khas untuk Taib, Shahril, Sufi & yang lain2 (^_^).

Kepada kenalan2 lain yang tahun ini terpaksa berpuasa di rantau orang tu...banyak2 bersabar lah yer..nanti dah balik kampung..makan lah puas2 dengan keluarga. kepada yang masih berpeluang berpuasa dengan keluarga tu...hargailah sepenuhnya yer...nanti bila kamu terpaksa berpuasa dirantau orang...kamu akan rindui saat2 itu (^_^).

Harapan fizi untuk ramadhan kali ini adalah dapat melakukan ibadat puasa dengan tenang...cuba untuk melawan godaan lapar & dahaga. dapat melakukan ibadah terawih sebaik mungkin.."Hargailah Ramadhan Kali Ini Dengan Sebaiknya ...Belum Tentu Lagi Ramadhan Tahun Depan Ada Untuk Kita"...Renung2kan lah.

Fizi ingin berkongsi satu lagu nasyid "Harapan Ramadhan" nyanyian Raihan & Man Bai...hayati lah



Lagu : Harapan Ramadhan
Penyanyi : Raihan & Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

HM : "hargai lah bulan ramadhan ini selagi masih diberi peluang oleh-Nya"

Dikongsi Oleh : Hafizi.Kisah

Read more »

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..