

Hari  ni, memang hari yang bikin gempak ! Hari dimana hanya satu masa je kat  sekolah yang belajar . Hari dimana bas sekolah tak ambil aku balik  sekolah ! Hari dimana aku rasa sangat gembira sebab novel yang aku order  dah sampai . Dan hari yang paling terkejut buat aku,bila mak aku cakap stesen bas segamat terbakar . Huuuuu  . jakungg betul aku nak tau . Jadi sebagai penduduk segamat aku pun  bukak group Segamat kat dalam facebook . Laju betul diaorang updated  pasal ni . Aku jelahh yang paling lambat tau . Hiiikhikk . 
Sebenarnya  aku taktau sangat ceritanya . Yang mak aku cerita tong gas meletup .  Mungkin ada kebocoran kot . Yangg paling hebat bila, bomba yang dekat  dengan stesen bas tu dibantu oleh bomba ioi dan Labis . Hhohoho . Nampak  sangat keadaannya sangat teruk . Kesian kat tuan punya gerai tu .  Habiss terbakar gerai diaorang . Nasib baik One Segamat tak kena . Mehh  cuci mata tengok gamba terbakar . 





Terukkan  ? Jadi pengajaran hari ni,berhati-hatilah dengan barang-barang  berkaitan gas dan sebagainya ni . Silap hari bulan memang boleh  mengundang maut . Full kredit to Segamat Group  . Sekian berita semasa tunggulah kalau-kalau ada keluar kat tv3 malam nanti . Babai :)
Dikongsi Oleh : qyqy aqilah





0 comments:
Post a Comment