Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Sunday, 13 May 2012

Internet Download Manager 6.11 Build 7 With Patch

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. hari ini admin nak berkongsi lagi software berguna dengan korang. kali ini admin akan kongsikan software Internet Download Manager 6.11 Build 7 With Patch. setakat hari ini, version 6.11 merupakan IDM latest dari web asal IDM. Internet Download Manager(IDM) tu  software apa?. untuk pengetahuan yang belum tahu, IDM ini merupakan software popular di kalangan kaki download. software ini dapat membantu mempercepatkan lagi kadar download korang. memang admin sendiri guna software ini pun.

Berminat nak cuba?. nah link..admin kongsikan. admin pun akan ajar korang cara nak install yer. install dan register sekali gus. mudah jer. ikut jer seperti step yang admin ajar tu (^_^)


Cara Install :
(1) download dan extract sehingga habis. kemudian buka folder tadi dan klik pada "idman611" untuk mula install. install sehingga habis

(2) bila dah siap install. klik pada "Patch" untuk proses register. kemudian klik pada perkataan "patch" dan cari lokasi IDM yang kita install tadi. kebiasaanya ada dalam local disk(c).

(3) bila dah jumpa lokasi IDM, klik open dan masukkan nama korang. nama palsu pun takpe. cam admin buat tu..huhu. klik ok dan jika tiada sebarang masalah, perkataan "successfully patch!" akan muncul. makna yer proses pendaftaran IDM korang dah berjaya.

(4) buka short-cut IDM pada desktop ataupun dalam button search dan mula guna. klik pada help > about dan lihat pendaftaran atas "nama" korang.


Nota : mungkin korang perlu "disable" sementara antivirus sebelum dapat guna "patch" ini. patch ini bukan virus sebenar yer. antivirus yang salah faham. kalau tak percaya..bila korang dah siap patch. enable balik antivirus dan cuba scan

Semoga korang berjaya buat yer. ikhlas admin kongsikan. jika ada sebarang komen, cadangan mahupun permintaan sila utarakan disini. terima kasih sebab sudi singgah

Read more »

Saturday, 12 May 2012

Uncle Usin (2012) DVDRip

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


“Siapa Uncle Usin?” is the question that debut director Husri HJ Husain has everyone thinking about, starring well-known Malaysian actors Zizan Razak, Johan Raja Lawak and Nabil Raja Lawak. The film tells the story of Spy 13, an accomplished and well-known private detective in solving the cases that are entrusted to him. He is gifted with various abilities such as flinging small balls at enemies or changing his surroundings anyway he likes as a result of being brought up by a mysterious teacher. When Spy 13 is hired to uncover the mystery that her father keeps, he soon discovers a much more sinister plot at large, one that involves him travelling across country, where he encounters his brother of the same teacher, 11. But who is Uncle Usin?

Uncle Usin (2012) DVDRip Single Link

Uncle Usin (2012) DVDRip Part 1
Uncle Usin (2012) DVDRip Part 2

Sumber : teamhanna

Nota : 
Single Link : Download dan extract@winrar, terus dapat tengok
Part 1, & 2 : Download semua part dan extract@winrar part 1 jer. extract@winrar akan auto join semua part. selamat menonton (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Friday, 11 May 2012

Perhiasan Yang Diharamkan Dalam Islam

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan

Perhiasan disini adalah umum termasuklah pakaian, barang hiasan, barang kecantikan dan seumpama dengannya.

Firman Allah swt “ Wahai manusia ambillah perhiasan kamu setiap kali kamu ke masjid dan makan serta minumlah dan jangan melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas.” Ayat 31 surah al-A;raf

1.Dilarang perhiasan diperbuat dari Bekas emas dan perak.
Nabi saw bersabda “ Sesiapa yang minum dari bekas emas dan perak, sesungguhnya akan berpusing2 api neraka dalam perutnya.” Hr Bukhari dan Muslim.Dikecualikan barang kemas utk perempuan, cinicin perak untuk lelaki untuk keperluan dan emas perak yang menggantikan anggota seperti gigi emas.

2. DilarangMemakai sutera bagi lelaki.
“ Sesungguhnya kedua benda ini untuk lelaki dan harus kepada perempuannya.” Hr Tirmizi 4057.

3.Dilarang Melabuhkan pakaian dengan sombong.
“ Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan maka neraka tempatnya.” Hr Bukhari.

4.Dilarang Patung dan perhiasan yang bergambar manusia atau haiwan .
Hadis Nabi saw “Sesungguhnya azab yang paling dahsyat adalah orang yang membuat gambar dan patung.” Hr Bukhari 5950

5.Dilarang Penipuan dan pengubahan seperti menghitamkan rambut, renggang gigi, tatu, sambung rambut dll.
Nabi saw bersabda: “Allah melaknat pembuat tatu dan orang yang dibuat tatu, orang yang dicukur keningnya, orang yang merenggang gigi yang mengubah ciptaan Allah swt.” Hr Bukhari dan 5931 dan Muslim 2122
Nabi berkata kepada Abu Bakar yang beruban rambut dan janggutnya “Ubah warna rambut ini dan jauhi dari warna hitam.” Hr Muslim 2102
Dilarang mencukur janggut (haram bagi jumhur dan makruh bagi mazhab syafie)

6.Dilarang Menyerupai lelaki dan perempuan.
Nabi saw bersabda “ Rasulullah saw melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.” Hr Bukhari 5886.

7.Dilarang Menyerupai orang kafir dan jahat.
Nabi saw bersabda “ Siapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dari mereka.” (Hr Abu Daud).


Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Thursday, 10 May 2012

Banner Design Studio 5.1 With Patch + Serial (RE-POST)

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. hari ini admin nak berkongsi lagi software berguna dengan korang. kali ini admin akan kongsikan software Banner Design Studio 5.1 With Patch + Serial. admin buat kembali entry berkenaan dengan software ini adalah untuk membantu pengunjung duniakongsi. beliau meminta serial untuk software ini. alang2 dah berkongsi, admin buat sekali dengan tutorial (^_^)

Software ini admin dah pernah kongsikan sebelum ini, dek kerana link telah di delete oleh mediafire. admin kongsikan link yang baru. admin tak upload software ini tau, cuma admin download, try dan buat tuto untuk korang jer. makna yer, admin sendiri dah cuba baru kongsikan dengan korang. berminat nak cuba?. nah link..admin kongsikan


Cara Install :
(1) download dan extract sehingga habis. kemudian, buka folder tadi dan klik pada "BannerDesignStudioSetup" untuk mula install.

(2) bila dah siap install. extract, buka folder "crack" dan copy "BannerDesignStudio". kemudian cari lokasi folder software. kebiasaan ada dalam local disk(c). copy dan replace

(3) kemudian buka short-cut "BannerDesignStudio" pada desktop dan masukkan serial key yang ada dalam note-pad "serial". maklumat lain tipu pun takpe. macam yang admin buat tu...huhu

Done, software korang dah "register". semoga korang dapat buat yer. ikhlas admin kongsikan untuk semua. terima kasih kepada uploader "patch" ini. jika ada sebarang komen, cadangan mahupun permintaan boleh utarakan disini. terima kasih sebab sudi singgah (^_^)

Read more »

Wednesday, 9 May 2012

Tarikh Lahir Dan Rahsia Disebaliknya

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Gambar : google images

Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir anda. Daripada nombor itu, anda akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan anda. 

Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir
Sebagai contoh, kita ambil tarikh bayi yang lahir pada 21 Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.

Contoh:
21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2
Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini?. Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut:

Nombor Tarikh Lahir: 1
Kekuatan:Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.

Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik

Perkara yang perlu dipelajari:1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan


Nombor Tarikh Lahir: 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:Adi Putra, Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna


Nombor Tarikh Lahir: 3
Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby


Nombor Tarikh Lahir: 4
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


Nombor Tarikh Lahir: 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears


Nombor Tarikh Lahir: 6
Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor ’6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ’6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver


Nombor Tarikh Lahir: 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.

Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson


Nombor Tarikh Lahir: 8
Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda


Nombor Tarikh Lahir: 9
Kekuatan:Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan:Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley


Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Tuesday, 8 May 2012

Sawi Dan Khasiatnya

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Gambar : google images

Sawi atau kai choy merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Sawi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia banyak ditanam di kebun-kebun sayur dan di perkarangan rumah dan popular digunakan dalam masakan harian. Rasa sawi adalah lemak manis dan sedikit pahit. Ia bersifat panas dan kering serta rangup apabila dimakan.

Sawi boleh dimakan bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.


Khasiat

Cegah Osteoporosis
Sawi banyak mengandung vitamin dan mineral. Kadar vitamin K, A, C, E, dan folat pada sawi tergolong dalam kategoriexcellent. Mineral pada sawi yang tergolong dalam kategori excellent adalah mangan dan kalsium. Sawi juga excellentdalam hal asam amino triptofan dan serat pangan (dietaryfiber).

Zat-zat gizi yang termasuk dalam kategori very good pada sawi adalah kalium, tembaga, fosfor, besi, magnesium, vitamin B6, vitamin B2, dan protein. Komposisi gizi lengkap dari sawi dapat dilihat pada tabel.

Kandungan vitamin K 
Kandungan vitamin K sawi sangat tinggi, yaitu mencapai 419,3 mkg per cangkir. Vitamin K sangat berguna untuk :
  •  membantu proses pembekuan darah, sehingga sering disebut sebagi vitamin koagulasi
  •  potensi dalam mencegah penyakit-penyakit serius, seperti penyakit jantung dan stroke, 
  • pengaturan protein tulang dan kalsium di dalam tulang dan darah, sehingga dapat menjaga tulang dari proses osteoporosis. Tanpa peran vitamin K, osteokalsin sebagai protein tulang tidak dapat bekerja dengan normal.
  • untuk menangani kanker karena dapat bertindak sebagai racun bagi sel-sel kanker, tetapi tidak membahayakan   sel-sel yang sihat.
Kandungan vitamin C
Peranan utama vitamin C adalah dalam pembentukan kolagen interseluler. Kolagen merupakan senyawa protein yang banyak terdapat dalam tulang rawan, kulit bagian dalam tulang, dentin, dan vascular endothelium.

Vitamin C sangat penting sangat berperanan dalam penyembuhan luka serta daya tahan tubuh melawan infeksi dan stres.
Kandungan vitamin E
pada sawi dapat berfungsi sebagai antioksidan utama di dalam sel. The George Mateljan Foundation (2006) menggolongkan sawi dalam kategori excellent sebagai sumber vitamin E. K
Kandungan vitamin E pada sawi juga berperan balk untuk mencegah penuaan.

Sumber : wikipedia, keluargaislamku.blogspot.com

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..