Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday, 3 February 2012

Antara Video Rancangan 30 Minit Ustaz Don

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. hari ini admin ingin berkongsi dengan korang sedikit video Rancangan 30 Minit Ustaz Don terbitan TV AL-HIJRAH. ada sesiapa lagi yang belum kenal dengan Ustaz Don?. Ustaz yang begitu popular dengan cara penyampaian ilmu yang cukup berkesan dan menarik

Sebelum ini admin memang dah pernah kongsi Biodata Ustaz Don. sesiapa yang ingin mengenali beliau dengan lebih lanjut. sila klik SINI . admin suka sangat mendengar rancangan beliau. banyak ilmu yang dapat dipelajari. oleh kerana cara penyampaian yang cukup menarik, ilmu sangat mudah diingati.

Antara Video Rancangan 30 Minit Ustaz Don 

30 minit Ustaz Don - Episode 1

30 minit Ustaz Don - Episode 2

30 minit Ustaz Don - Episode 3

  30 minit Ustaz Don - Episode 4

30 minit Ustaz Don - Episode 5

 30 minit Ustaz Don - Episode 6

 30 minit Ustaz Don - Wuduk Ketika Sakit


Setakat itu jer admin yang sempat cari. kalau korang ada lagi video ini, sila kongsikan disini yer. ikhlas admin kongsikan untuk semua (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Biodata Ustaz Don

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir


Beliau merupakan pengacara kepada program 30 MINIT UATAZ DON di TV AL-HIJRAH. program ini merupakan sebuah rancangan kuliah interaktif khusus bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid langsung dari studio Tv Alhijrah. Setiap Isnin dan Rabu - 10.30 malam, ulangan Jumaat - 2 petang. Ustaz Don akan membincangkan topic-topik berkaitan dengan fardhu ain dan setiap Selasa, hukum-hukum tajwid akan disentuh.


Antara gambar Ustaz Don yang lain. suka admin tengok muka beliau, tidak pernah lekang dengan senyuman. muka yang sangat bercahaya. beliau juga merupakan seorang yang hensem (^_^)



Admin suka sangat dengan rancangan beliau. penyampaian ilmu yang cukup berkesan. mudah sangat untuk faham. ditambahkan pula dengan pelbagai telatah yang mencuit hati. secara tidak langsung, ilmu mudah melekat bila kita suka dengan cara penyampaian sesorang itu. kepada yang belum tengok rancangan tersebut, elok tengok sekarang.

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Sumber : Google Search
Read more »

Thursday, 2 February 2012

Antara Lagu Maher Zain Yang Admin Suka Dengar

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. korang minat tak dengan lagu maher zain?. suka tak ulang-ulang banyak kali lagu beliau?. tak kisah lah pada yang tak minat lagu dia. pada admin lagu dia memang terbaik. banyak maksud yang cuba disampaikan. mendayu-dayu sangat. tak puas admin mendengar yer. langsung tak bosan bila ulang banyak kali pun.

Kalau sebelum ini admin dah kongsi serba sedikit Biodata Maher Zain . kali ini admin nak kongsi dengan korang lagu beliau yang admin suka dengar. kepada yang tak pernah dengar tu, mari kita sama2 dengar. lepas tu komen disini..lagu ini banyak "maksud" atau tidak.


1. Maher Zain - Open Your Eyes


2. Maher Zain - Freedom


3.Maher Zain - For The Rest Of My Life


4. Maher Zain - Hold My Hand


5. 4. Maher Zain - Ya Nabi Salam Alayka


Banyak lagi lagu beliau yang best2. bagi admin Maher Zain ni memang terbaik lah. mendayu-dayu lagu beliau. banyak maksud yang cuba disampaikan. bukan sesetengah lagu tu, lebih mementingkan lirik daripada maksud yang ingin disampaikan. hayati lah..(^_^) 

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Biodata Maher Zain

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Maher Zain (Bahasa Arab: ماهر زين; lahir 16 Mac, 1981 di Tripoli, Lubnan) Islam Sweden R & B penyanyi, pencipta lagu dan pengeluar muzik yang berasal dari Lubnan. Album terhebatnya Terima Kasih Allah, album di peringkat antarabangsa yang berjaya dengan pengaruh agama Islam yang kukuh, telah dikeluarkan pada tahun 2009.

Kerjaya
Maher Zain dan keluarganya berpindah ke Sweden ketika dia berusia lapan tahun. Beliau menamatkan persekolahannya di sana mendapat ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik.Selepas universiti dia masuk ke dalam industri muzik di Sweden dan dikaitkan dengan RedOne, Maghribi pengeluar Sweden dilahirkan.

Apabila RedOne pindah ke New York pada tahun 2006 Maher Zain diikuti tidak lama kemudian untuk meneruskan kerjaya industri muzik di Amerika Syarikat menghasilkan untuk artis seperti Kat DeLuna. Pada lawatan rumah ke Sweden, dia telah terlibat sekali lagi dengan akidah Islam dan mengambil keputusan untuk bergerak jauh daripada kerjaya sebagai pengeluar muzik untuk menjadi seorang penyanyi / penulis lagu muzik kontemporari R & B dengan pengaruh agama Islam yang kukuh.
 



Sumber : SINI

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Wednesday, 1 February 2012

Lemon Dan Keistimewaannya

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


LEMON, antara pokok buah-buahan tertua yang berasal dari India, kini tumbuh meluas di kawasan iklim subtropika di seluruh dunia terutama Florida dan Mediterranean. 
Biarpun buah lemon dan jusnya terasa masam dan berasid, tetapi ia mampu bertindak sebagai alat penampan kepada badan serta mengurangkan lebihan asid di dalam perut.

Malah, jus dan kulit lemon berkesan sebagai antiseptik selain daun pokok lemon yang boleh digunakan untuk mengurangkan panas akibat demam.

Melengkapkan lagi kebaikan lemon, buah tersebut juga kaya dengan vitamin C yang diketahui umum mampu menguatkan sistem imun badan dan bertindak sebagai antioksida dalam melindungi sel daripada rosak.

Tanpa disedari, jus daripada satu biji buah lemon sahaja mampu menyumbang sebanyak 33 peratus daripada keperluan vitamin C dalam kehidupan harian manusia.

Manakala satu sudu besar perahan kulit limau mengandungi 13 peratus vitamin C dan jika diambil kedua-duanya, ia sudah lebih daripada memadai untuk keperluan harian manusia.


Kesan terapeutik
Jika digunakan untuk fungsi dalaman badan, lemon mempunyai kesan tindakan anti rangsangan. Ia juga membantu membersihkan dalaman badan dengan meningkatkan pengeluaran peluh dan memudahkan air kencing dikumuhkan.
Pada masa yang sama, lemon juga dapat merangsang selera, selain membantu penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kekejangan serta memberikan kesegaran secara menyeluruh.
Namun andai digunakan secara luaran, lemon mampu mengembangkan saluran darah dalam kulit.

Komponen dalam lemon
Selain kaya dengan vitamin C, lemon juga mengandungi pektin dan sebahagiannya adalah pati minyak limonene, alpha terpinene, alpha pinene, beta penene dan bioflavonoids yang membantu menguatkan dinding-dinding kapilari.
Pati minyak tersebut diperoleh daripada kulit limau yang merangsang aliran cecair limfa. 

Tingkatkan vitamin C
Jika ingin meningkatkan lagi pengambilan vitamin C, apa yang perlu dilakukan hanya mengambil sebiji lemon setiap hari.
Kesannya, hanya dengan beberapa minit, vitamin tersebut sudah mengalir di seluruh badan dan tubuh akan mula merasai peningkatan dalam pencapaian dalam keupayaan diri dan berasa lebih tenang.

Serapan zat besi dan kalsium
Lemon merangsang pengeluaran enzim dan jus pencernaan di selaput nipis di dalam perut yang akhirnya membantu meningkatkan serapan zat besi dan kalsium melalui makanan yang diambil dan pemakanan tambahan.

Pembasmi kuman saat kecemasan
Mungkin tiada siapa menyedari bahawa jus lemon boleh digunakan sebagai pembasmi kuman pada luka-luka kecil termasuk di mulut dan kerongkong.
Apa yang perlu dilakukan hanya menyapu sedikit jus tersebut pada kawasan luka berkenaan atau berkumur-kumur beberapa kali sehari.

Sumber : Utusan Online

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Plants vs. Zombies 2 Portable Edition

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Salam semua. hari admin nak berkongsi lagi game menarik dengan korang. kali ini admin kongsikan game Plants vs. Zombies 2 Portable Edition.version ni korang boleh buat zombie sendiri. seperti yang korang tengok pada gambar diatas.

Admin sendiri pun dah download. memang game ni boleh main. untuk jadikan "portable" korang cuma paste "fail download" kat mana2 tempat. kat pendrive pun boleh jugak. mungkin korang takkan jumpa perkataan "Plants vs. Zombies 2", ada orang kata ni versioan 2 sebab boleh buat zombie sendiri.

Berminat nak main?. elok download sekarang sebelum link rosak. nak link admin kongsikan

Mediafire Password : boaboa.vn


Arahan :
extract fail download dan cari perkataan seperti dibawah


Read more »

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..