Pages

Sunday, 25 September 2011

Kehidupan ini yang memaksa AKU ..!

Ketika aku merenung sang bulan di kala malam . Aku berfikir akan sesuatu , berfikir sampai kapankah akan aku lalui kehidupan yang sangat perit  ini . Sampai kapankah akan aku bendung rasa memberontak yang bergelora dalam jiwa ku . Aku telah lelah menjalani kehidupan ini , aku mahu bebas meneroka zaman remaja walaupun hanya di alam fantasi . Aku telah letih menjadi burung yang di kurung hampir setiap tahun . Aku ingin bebas berterbangan di angkasa raya seperti anak-anak remaja lain . Aku sedar zaman kini terlalu banyak ranjaunya . Sekali aku terleka , Aku akan terus hanyut di buai permainan dunia .

Kehidupan ini memaksa aku untuk memberontak di dalam diri . Memaksa aku memendam segala rasa amarah yang membara dalam hati . Aku tidak bisa meluahkan kerna aku tahu tidak akan ada yang pernah memahami . Kehidupan ini benar-benar menguji tahap kesabaran ku , sehinggakan ada kalanya aku sendiri tersungkur menyembah bumi hanya kerna rasa putus asa menguasai diri . Aku telah rasai keperitan hidup yang sebenar dan aku telah melihat pelbagai ragam manusia yang alpa dan ternoda . Ada kalanya aku seperti mereka , di buai rasa indah percaturan dunia sehinggakan aku terleka dan tatkala aku sedar segalanya telah menjadi sia-sia .



Kehidupan ini yang memaksa aku untuk terus di buai masa . Aku tidak mahu hidup di alam ini lagi . Aku nekad , aku akan berhijrah demi memperbaiki kekhilafan ku dulu . Aku mahu menebus setiap dosa-dosa yang aku lakukan di kehidupan ini . Aku mahu mencari kedamaian yang abadi . Ya Allah , aku bermohon padamu kau bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai sesungguhnya engkaulah tuhan yang menguasai langit dan bumi . Berilah aku kesempatan untuk menebus setiap inci dosa ku Ya Allah .

Dikongsi Oleh : Miss Mieyna



No comments:

Post a Comment