Pages

Tuesday, 6 September 2011

Allahyarham adalah wira negara sebenar



Suasana pilu menyelubungi Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini apabila pesawat Charlie C-130 yang membawa jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia pada Jumaat lalu tiba kira-kira pukul 10.05 pagi semalam.
Pesawat yang sama turut membawa pulang seramai 16 pengamal media lain yang turut disertai 14 pasukan khas daripada sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia, doktor (19) dan krew TUDM (26) yang diketuai oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Sejurus tiba, jenazah Allahyarham yang diiringi Abdul Azeez disambut anggota keluarga termasuk ayah Allahyarham, Mohd. Nor Mat Yassin, 66, dan ibunya, Naemah Abd. Majid, 63.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyambut ketibaan jenazah.

p/s: Al-fatihah....moga Allahyarham dicucuri rahmatNYA..amiiinn... Keluarga Allahyarham Noramfaizul akan menerima pampasan sebanyak RM200,000 di bawah perlindungan insurans yang dibeli oleh Kelab Putera 1Malaysia.

 Dikongsi Oleh : sweet idah
Sumber Link :http://audiidamerczzz.blogspot.com/2011/09/allahyarham-adalah-wira-negara-sebenar.html

No comments:

Post a Comment