Di  dalam diri semua manusia yang berakal mesti ade tersimpan berbagai  jenis kisah dalam diri die. Dari jaman die sudah boleh menyimpan memori  sampai ke tahap die akan hilang kembali memori. Berbagai kisah dan  berbagai cerita.
Dan  dengan berbagai kisah dan cerita tu dah tentu-tentu ade yang mahu  disimpan kemas-kemas sebagai rahsia. Ye rahsia.kisah yang hanya ingin  diri kita sendiri tahu. Yang hanya diri kita yang alami. Cerita yang tak  mungkin akan kita kisahkan dan hikayatkan kepada orang lain.
Ade  berbagai sebab kenapa kita memilih berahsia. Ade yang takut untuk  menceritakan sisi gelap dalam diri die. Ade yang takut diprejudiskan dan  disisihkan oleh sahabat, keluarga dan masyarakat. Ade yang merasakan  adelah lebih baik itu semua tidak diketahui atas sebab hanya diri kita  sendiri yang mengetahui.
Mereka memilih menjadi perahsia hanya untuk merasa carthatic atau rasa lega dengan menyimpan sesuatu benda yang taknak orang lain tahu.
Walau  apapun alasan, jangan jadikan rahsia sesuatu yang menggugat kedamaian  hidup. Dah kalau berhutang dengan along yang mengganggu bukan setakat  mental dan fizikal, sile lah jangan berahsia. Mungkin kita rase  kadangkala rahsia disimpan sebab tak nak menyusahkan orang lain atau  takot orang lain sisihkan kita, tapi percayalah, ramai yang mahu  menolong. Ramai lagi mempunyai hati sesuci air jernih di syurga.
Tetapi,  itu semua atas pilihan. Rahsia tetap rahsia kan? Hanya dalam diri saje  yang tau ape dan kenape kita memilih untuk berahsia.
  Dikongsi Oleh : mian 
No comments:
Post a Comment