Pages

Saturday, 10 September 2011

Kasut Back To The Future II kini di pasaran

Selain Delorean, modifikasi rempit ciptaan Dr. Emmet Brown lakonan Christopher Lloyd, satu lagi benda yang menjadi idaman remaja sewaktu siri filem Back To The Future ditayangkan ialah sepasang kasut Nike MAG yang dipakai Marty McFly lakonan pelakon tak berapa nak tinggi Michael J Fox.
Nike MAG digelarkan kasut terhebat yang tidak pernah dikeluarkan namun tidak lagi apabila Nike mengumumkan akan mengeluarkan 1500 pasang dengan tujuan untuk membantu pesakit parkinson menerusi Yayasan Michael J Fox.


Rekabentuk Nike MAG edisi terhad ini dikeluarkan 'sebijik' seperti model asal dalam filem Back To The Future II.

Sumber : (Press Release)


NOTA DI KAKI : Delorean memang kereta asal, kasut ni dah keluar, skateboard anti graviti entah bila pulak?

Dikongsi Oleh : BGB


No comments:

Post a Comment