Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday, 9 December 2011

Bas Adik Beradik Memang Terbaik!!!

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. admin buat entry ni khas sebagai penghargaan untuk Syarikat Bas Adik Beradik. semasa pergi temuduga SPA baru2 ni admin naik bas Adik Beradik pergi dan balik. memang bas Adik Beradik ni terbaik lah. admin bagi 5 star untuk kualiti bas, perkhidmatan dan pemandu.

Kenapa admin bagi 5 star?. dari segi kualiti bas memang terbaik. kerusi dan air-cond yang cukup selesa. kerusi yang empuk berbanding dengan bas lain. tak perlu lah admin mention mana2 bus. tapi mengikut pengalaman admin sebelum ni..bas lain tak dapat menandingi Bas Adik Beradik.

Bas lain yang pernah admin naik dengan kerusi yang tidak selesa, sempit dan tak empuk langsung. kerusi cam kerusi batu jer. kematu punggung admin baru sampai Terengganu...haha. dah lah bas bertingkat..cukup bahaya. perkhidmatan plak memang hancur lah..dah lah pemandu cakap "kurang ajar" dengan penumpang.

Jangan kamu lupa..gaji kamu dibayar dengan adanya pelanggan. apa salah yer cakap elok2 sikit..senyum. bukan susah sangat pun. dari segi pemanduan plak memang teruk lah..dah lah rasa cam naik lori tanah. naik bukan main laju..taknak lah admin cerita panjang2. nanti jadi makian lak...hehe.

Cuma admin ingin buat entry ni khas buat Syarikat Bas Adik Beradik jer. sebagai penghargaan admin kerana memberi perkhidmatan yang terbaik. admin sebagai blogger..jadi dengan cara "blogger" jelah admin dapat sampaikan ucapan terima kasih. terima kasih sekali lagi (^_^)



Nota : Sumber gambar dari Mr Google

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

I Love Kim Na Na

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. tentu korang tertanya2 kan kenapa entry ni bertajuk "I Love Kim Na Na". haha..baru2 ni semasa ingin pergi temuduga SPA. admin tinggal di rumah kakak admin di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk sementara waktu. admin sempat menonton drama City Hunter. memang kelakar kan..sebelum ni bukan main admin kata tengok drama Korea ni jiwang lah, dalam hati ada taman lah dan macam2 lagi.

Watak heroin dalam drama ni ialah Kim Na Na (Park Min Young). lawa dan cantik kan beliau...ekeke. setelah tengok hampir keseluruhan drama yang 20 episod tu "jatuh cinta" admin dengan beliau. kalau lah ada awek2 Malaysia ni camtu dah lama admin cuba tekel..haha.

Admin bagi 5 star lah untuk drama ni. sungguh best, dramatik, menyayat hati dan pilu. perjalan drama ini adalah seperti ringkasan berikut :


'City Hunter' skrip asal yang berdasarkan novel yang terkenal di dunia oleh Hōjō Tsukasa Jepun. Sejak ia menjadi awam bahawa Korea akan membentuk semula pertama cerita ini ke dalam drama, 'City Hunter' telah mendapat perhatian di seluruh dunia. 'City Hunter' telah dihidupkan tetapan dari Tokyo 1980 ke Seoul 2011, dan mengikut struktur cerita asal, protagonis menjadi seorang pemburu bandar dan wataknya berkembang pada masa yang sama menyelesaikan kes-kes yang memuaskan.

Cerita ini berlaku di Seoul, 2011. Lee Yoon Sung adalah graduan berbakat MIT yang bekerja pada pasukan komunikasi antarabangsa di Dewan Blue. Dia merancang dendam terhadap lima ahli-ahli politik yang menyebabkan kematian bapanya dengan bapa tumpang Lee Jin Pyo dan akhirnya menjadi "City Hunter."


Antara gambar Kim Na Na yang buat admin "jatuh cinta" tuh...huhu.




- wah romantiknya dorang...huhu

- kalau lah admin hensem camni..tentu dah dapat tekel Kim Na Na tu...ekeke (^_^)


Haha..menarik bukan cerita ni?. bagi peminat drama Korea dorang dah biasa tonton dah. cuma admin kongsikan untuk sesiapa yang masih "tidak berminat" drama korea tu. cuba tengok drama ni sekarang..memang terbaik. ekeke..

Pss..admin nak cari link download lah. ada sape2 nak tak...hehe

Nota : Semua gambar dari Mr Google

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Pengalaman Temuduga SPA

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. agak lama admin tak update blog ni. maafkan admin. admin baru jer balik dari temuduga SPA semalam. dek kerana masih keletihan dengan perjalanan yang agak jauh jauh dari Kuala Lumpur ke Terengganu baru sekarang admin dapat update blog.

Sebenarnya admin dapat tawaran temuduga dari SPA untuk jawatan Pembantu Penilaian. temuduga itu diadakan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Putrajaya pada 6/12/2011 yang lalu. cukup berdebar admin, yelah..mana tak berdebarnya. itu merupakan first temuduga  SPA admin.

Admin nak cerita serba sedikit dengan korang pengalaman admin semasa menghadiri temuduga tersebut. mungkin ada diantara korang yang kata, alah..pasal interview pun nak cerita kat orang lain jugak. tapi takpe..niat admin ikhlas nak kongsi dengan korang. mungkin korang boleh ambil dari tips2 yang ada.

Nak dijadikan cerita..admin merupakan orang pertama ditemuduga. yelah..dengan belum pernah ada pengalaman temuduga ni. admin cuba gagahkan diri untuk masuk bilik apabila nama dipanggil. dengan hati berdebar bercampur dengan gementar admin cuba buat yang terbaik.

Mula2 tu memang lah admin agak gementar, tapi sedikit demi sedikit perasaan itu hilang. persepsi tentang penemuduga yang akan tanya macam2 soalan dan muka yang agak "ganas". rupa2nya soalan yang ditanya takde lah "killer" sangat.

Soalan hanya berkisar tentang diri sendiri, sedikit tentang pengetahuan am, dan soalan berkaitan dengan penilaian. sedar2 tak sedar admin dapat laluinya. admin rasa admin dah buat yang terbaik. bergantung pada dorang lah untuk menilai admin. semoga ada rezeki admin untuk kerja tu...amin. korang tolong doakan yer...(^_^)

Yang admin ingin kongsikan ialah sedikit tips semasa menghadiri temuduga. admin hanya kongsikan apa yang admin praktikkan. sape2 yang rasa ianya berguna boleh praktikkan semasa menghadiri temuduga. semoga berguna :

  • Berpakaian biarlah kemas, baju kalau boleh jangan lah berwarna gelap sangat, rambut kena rapi
  • Jangan memakai wangian yang terlalu kuat. bimbang terganggu penemuduga tu nanti, yelah..bilik bukannya besar sangat
  • Ketuk pintu sebelum masuk dan bagi salam jika orang islam, salam sejahtera jika bukan orang islam.
  • Bersalam jika penemuduga sama jantina dengan korang
  • Duduk elok2, tangan hendaklah diatas riba, mata hanya tengok pada penemuduga, senyum selalu
  • Jawab soalan yang ditanya dengan yakin, tak kira lah jawapan anda salah pun..dorang cuma nak tengok anda bercakap dengan yakin.
  • Kalau diberi peluang..anda tanya penemuduga itu sedikit soalan. tetap bertanya jika ada peluang. soalan tentang jawatan anda lah. itu akan menunjukkan yang anda berminat dengan jawatan tersebut.
  • Bila dah habis temuduga, bersalam sekali lagi dengan penemuduga dan ucapkan terima kasih. anggapan dorang tentang diri kita itu penting

Itulah serba sedikit tips yang dapat admin kongsikan. jika korang juga ada tips yang berguna sila utarakan disini yer. mana yang baik itu kita kongsikan bersama. mana yang tak elok tu kita sama2 jauhkan. semoga hidup kita dirahmatiNYA..amin (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Thursday, 8 December 2011

Movie Review: Penunggu Istana (2011)

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK





Seperti biasa, aku memang suka menonton movie dan cerita yang aku pilih, sudah tentulah cerita seram!



Cerita ni keluar bulan April 2011. Dah lama aku cari cerita ni nak download tapi semua link yang aku dapat mesti cakap fail tu dah kena delete. Hairan jugak aku nape.



Akhir sekali, aku tengok kat YouTube aje. Senang cerita. Macam aku buat dengan cerita 2 Alam (click here) hari tu.



Well, first impression???



Sebab orang cakap cerita ni cerita betul! Apa yang dirakam memang betul2 berlaku.

Jadi, masa aku tengok tu, memang kepala aku fikir semua tu memang betul2 terjadi!



Serius, dengan mindset macam tu, dah tentu aku fikir cerita Penunggu Istana ni sangat menakutkan! Sama macam masa aku tengok Paranormal Activity! (click here) Sebab mula2 aku memang ingat cerita dia betul2 berlaku!



Sebab kenapa aku ingat dia real?



Sebab dia berdasarkan footage atau rakaman yang ditemui dan ia ditayangkan kepada umum. Itu sebab aku ingat dia real giler ah.



Cerita ni memang takde hantu yang pakai jubah putih, terbang ke sana ke mari, ada bunyi menakutkan. Semua tu takde! Itu yang membuatkan cerita ni lagi menakutkan.



Tapi, bila dah nak habis, tiba2 sampai part yang ada bunuh2. Orang yang kena rasuk atau mungkin yang menyerupai orang yang hilang tu, bunuh kawan2 dia. Haaa...sampai sini la spoil tapi still, aku ingat cerita ni memang betul.



Habis jer cerita ni, aku terus google movie review yang lain.



Huwaaaaahhhh!

Ramai giler orang kutuk cerita ni! Rasa macam aku ni ketinggalan zaman pulak sebab selalunya aku yang nombor satu yang akan kritik cerita2 hahaha



Tapi kan, apa pun orang cakap, aku tetap nak cakap, cerita ni memang best lah (tapi kena pastikan mindset tu, kena fikir cerita ni memang benar hahaha)



Aku tak tau apa perception aku pada cerita ni kalau aku tau cerita tu hanyalah lakonan semata-mata.

Aku rasa.....



Cerita ni tetap scary! Sebab semua tu memang terjadi di alam nyata! Cuma kita tak tau bila dan di mana. Dan aku tak taulah bab bunuh2 tu boleh terjadi ke tak. Yang tu kena tanya ustaz la yer. Aku tak tau huhu



Rating: 8/10



psst...aku perasan, kalau cerita yang penuh dengan kontroversi mesti takleh nak download. Mesti nak kena tengok kat YouTube jer hohoho




Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Saturday, 3 December 2011

Cara Memasang Fungsi "Reply" Pada Komen

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. hari ini admin nak kongsi tutorial lagi dengan korang. kali ini admin kongsikan Cara Memasang Fungsi "Reply" Pada Komen. korang boleh tengok seperti gambar diatas. nampak lebih menarik kan?. korang pun patut cuba.

Caranya takde lah susah sangat. admin akan ajar satu persatu. korang ikut lah apa yang admin ajar. semoga menjadi. cara2nya adalah :

Klik Design > Edit HTML > Klik . Seperti biasa untuk keselamatan blog korang "Download Full Templates" dulu.

Selepas tu korang cari coding ni :
  • <data:commentpostedbymsg> , atau
  • <data:commentPostedByMsg/> , atau yang ni
  • <dd class='comment-footer'> 
Untuk memudahkan korang mencari coding tersebut klik "Ctrl F". tak kisah lah jumpa mana2 pun. asalkan korang jumpa salah satu. setelah korang menjumpainya korang paste coding dibawah selepas coding tadi

<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=BLOG ID KORANG&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>[Reply to comment]</a></span>

Lepas tu korang tukar "BLOG ID KORANG" kepada yang betul. Cara untuk dapatkan blog ID mudah jer. klik design dan ambil blog ID pada url tu. lepas tu korang klik SAVE TEMPLATE dan lihat hasilnya.

Kepada yang belum faham admin sediakan print screen dibawah bagaimana untuk paste dan cara untuk dapatkan blog ID

CARA NAK PASTE




CARA NAK DAPAT BLOG ID

- admin terpaksa sensor blog ID admin atas dasar keselamatan


Semoga korang berjaya yer. admin kongsikan untuk semua. apa2 feedback atau pertanyaan sila utarakan disini yer. semoga dapat membantu korang mencantikkan lagi blog (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Friday, 2 December 2011

Adobe Photoshop CS5 Portable Edition

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar Mr Google

Salam semua. dah lama admin tak kongsi dengan korang. kali ini admin ingin kongsikan Adobe Photoshop CS5 Portable Edition. seperti yang korang tahu, photoshop ni banyak kegunaan dalam edit meng-edit gambar ni. software ni teramat popular untuk golongan2 yang suka edit gambar dan pencinta camera tuh.

Ditambahkan lagi dengan dalam bentuk portable, ini memudahkan korang. dimana korang tak perlu lagi nak susah2 install software tu. portable ni mudah sangat2. korang cuma perlu download dan terus dapat guna. mengikut sumber ianya "work".

kepada sesiapa yang berminat boleh mendownload sekarang. admin hanya kongsikan. nah link


Read more »

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..